Wednesday, December 28, 2011

Bunga Sabun

hmmm tengah google cara- cara buat bunga sabun...terjumpa la cara - caranya..nanti balik kampung ni nak buatla..hmm kenapa ek?hihihih adela..xnak la copy dari page lain pic nye,tunggu i buat nanti baru ai snap pic .wish me luck!!

Sunday, December 25, 2011

Wedding Jitters..



Apa itu wedding jitters yek?ni bahasa omputih..BM nye membawa maksud rasa cemas,ragu -ragu sebelum melangkah ke alam perkahwinan... (ececeh). kadang -kadang rasa betul ke aku nak kawin ni?yang melampau pulak cakap kalau aku mati eksiden sebelum kawin camana?

Actuallly aku rasa aku xde rasa sangat,sampai la baru baru ni, bila saya dan encik tunang melihat (ceh,skema) draf kad kawin,dan tertera nama kitorang, terdetik dalam hati 'eh betul ke aku nak kawin ni?' 'betul ke ni nama aku ni?'.NORMAL KE BENDA NI?

Yup ,jawapannya normal.aku ada terbaca artikel omputih yang mengatakan benda ni normal,ianya boleh bermula dari saat anda dan dia berbincang serius pasal kawin,sampai la hari perkahwinan tu.kalau x,takdela jadi macam cite Runaway Bride Julia Robert tu.

Wedding Jitters ni berlaku sebab selamani hidup sorang je,bila dah kawin,dunia kita berbuah..eh berubah secara total.Ada husband yang perlu dijaga, keluarga mertua,ada baby pulak,x boleh keluar,pakai baju ikut suka. Wedding jitters ni x semestinya kita fikir pasal betul ke kita nak kawin dengan si dia taw.sebab kita mesti taw memilih apa yang terbaik untuk kita.

Kadang -kadang ai  fikir,ade ke orang nak datang kenduri ai nanti,adekah semuanya berjalan lancar..er korang yang nak kawin ade fikir cenggitu tak?tapi bila aku dah faham pasal benda ni,barula ai faham,serahkan semua pada Allah,selalu berdoa,dan kena fikir,xde perkara yang sempurna..
For me,sometimes wedding jitters ni disebabkan setan yang bisik,sebab setan x suka perkahwinan,betul tak?

azam tahun baru



tahun baru is coming....:) semestinya azam tahun baru adelah pertanyaan lazim kawan2,selain daripada soalan  bila tarikh kawin?:) so azam saya tahun ini:

 1.Belajar untuk lebih berjimat cermat:Bila ujung bulan ,a day before gaji,mesti dah tinggal ringgit -ringgit je dalam poket.tupun manage save 150 dalam ASB.simpan secara paksaan.bagus jugak.so,from now on, saya berjanji pada diri sendiri:

a) record n track my expenses every day,before this saya hanya buat monthly record je.
b) save RM 10 perweek,so hujung bulan ada atleast RM 40  untuk kegunaan masa sesak (hehehe..)


2. do the best preparation for my kenduri tapi dengan cara yang x membazir..oh my God,ade lagi hantaran x beli,bunga telur lagi..ouch!!!takpe,orang nak kawin murah rezeki ;)

Thursday, December 15, 2011

CERITA LAWAK

cerita lawak:thanks to cik Fazrieana ...

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Wednesday, December 14, 2011

apa mode Komunikasi you?

I dapat ni lepas baca satu buku .tapi I tak ingat pulak title buku tu.yang i tahu,i ni orang Visual..hehehe. walaupun tajuknya x ingat,tapi i boleh faham dan digest isi buku tu.
Dalam buku tu ada test..i dah buat testnye..nampaknya i ni jenis orang Visual +Kinesthetic.. Ooo,patutla i senang ingat landmark,suka benda cantik2,orang2 hensem je..(hehehehee) dan kalau bercakap,especially dgn orang yang rapat mesti nak tampar2,pukul2 manja..(uhuk!) dan bila beli barang mesti nak pegang dulu.lagi satu,i x suka la baca sms panjang2 dari kawan..hadoi..berpinar biji mata...Baru ku tahu rupe2nye.....



Manusia ni ada 4  jenis mode komunikasi .....

1) Orang Visual - berkomunikasi melalui apa yang dilihat dan yang dia buat .(again,my type :P) ..orang type ni suka terlibat dengan aktiviti dan sukaaaaaa sgt dengan 'gift ' hehehe.orang visual senang nak ingat muka orang( especially good looking),imej ,landmark,atau warna -warna..Orang Visual ni romantik orangnya...they share love by doing things with or for other people.' sanggup susah senang dan berkorban tau..tapi masalahnya orang visual ni kadang - kadang x fikir mendalam..kadang - kandang (eh kandang plak) -kadang tengok luaran je. lagi satu,janganlah bg sms panjang - panjang dengan mereka..diorang x suka.diorang kan Visual..bagi tengok gambar2 cantik,baju2 cantik,orang2 cantik mereka suka la..(ceh ,mereka..skema nya ).


2) Orang Kinesthetic - (ni pun my type),berkomunikasi menerusi 'body languange' mereka.Segala eksperesi dan perasaan mereka dapat dilihat menerusi pergerakan badan dan sentuhan. orang kinesthetic sukakan aktiviti fizikal,suka disentuh, dan dipeluk,dan ini cara mereka mengekspresikan kasih sayang.Cara nak beli barang pun sama,mesti pegang dulu apa yang nak dibeli.tapi kadang - kadang orang kinesthehtic ni x sedar,orang sekeliling mereka x berapa suka dengan sentuhan.opppsss!!

3)Orang Auditory -  merupakan orang yang suka bercakap dan mendengar. kadang - kadang mereka boleh bercakap berjam - jam lamanya. begitu juga mendengar,berjam - jam pun boleh..Orang Auditory sangat mengambil berat dengan apa yang didengar,jadi berhati - hati.jangan sembarangan berjanji..hehehe...orang Auditory ni kadang -kadang suka cakap sampai dia x tahu orang bosan.Mereka juga suka orang mendengar cerita mereka,dan mereka akan memberikan perhatian terhadap cerita orang yang tersayang.:)

4) Orang Digital- orang Digital pulak communicate menerusi persefahaman dan connection. Orang Digital suka menyelami maksud mendalam dalam apa yang dilakukan,difikirkan dan apa yang dilihat.Mereka suka orang yang memahami mereka. Mereka akan rasa disayangi jika orang yang disayangi memahami mereka dan when they share the connection with others.

kadang -kadang kita ada 2 mode komunikasi,kadang - kadang adakesemua kombinasi di atas..terpulanglah.tapi bila  kita perlu kenal diri kita dulu sebelum kenal orang lain..nantilah i tambah lagi..nak pinjam buku tu dulu..tak ingat tajuk.what to do..cover dia x colourful ..hehheehe..

Wednesday, December 7, 2011

Brain Exercise

let 's start...cuba jawab,jgn tengok jawapan dulu ye :)





1)What do you put in a toaster?




The answer is bread.The if your answer is toast.DO NOT proceed to Question 2

2)say silk 5 times..Now spell silk.What do cows drink?




The answer is water.Cows drink water.If u said milk,try not to hurt yourself :P

3) If blue house made from blue bricks,pink house made from pink bricks,yellow house made from yellow bricks and black house made from black bricks,green house made from...?



If your answer is green bricks,totally your brain is overstressed..Green houses are made from glasses!!try ask Mr Google!!


4) 20 years ago, a plane is flying 20,000 feet above Germany. Germany,at that time,divided politically into 2 : East Germany and West Germany. However,during the flight,2 of the engines failed,so the pilot decided on crash landing procedure. Unfortunately,the engines failed before he had time,and the plane crashed in the middle of 'No Man Land'- between East Germany and West Germany. Question, if u are the pilot, where would you choose to bury the survivors - 'No Man Land, East Germany, or West Germany?





Answer: You don't of course, bury survivors!!! if u said anything else,u ARE A REAL MORON,u must NEVER try to rescue ANYONE from a plane crash!!if u said,we must not bury survivors,proceed to next Question 5.


5) Please try not to use calculator for this question. U are driving a bus from K.L to KT. your company name is Syarikat Bas Seri Alam.The journey is about 8 hours.In Karak at 10 am,9 people get off and 6 people get on. In Lanchang at 11 am, 11 people get off and 2 people get on. In Maran at 1 pm, 7 people get off and no people get on. In Kuantan,4 people get off and 2 people get on. In Dungun, 1 people get off and 5 people get on. At 6 pm, u arrived at KT after 8 hours travel.The question is, what was the name of the driver?





Answer: Aiya!!!of course your name la!!!if u said Syarikat Bas Seri Alam, u are a real dummy!!!read the first line of the question!!!!!

Tuesday, December 6, 2011

perkara yang tak sesuai dibuat sebagai status /post di fb (for venusian)

Dulu ai ade post pasal perkara xbest di fb..skang ni, ai nak post pasal fb jugak,cuma yang ni fokus pasal post x sesuai  yang kaum hawa selalu post kt fb.menerusi tinjauan rambang (u_u)manala taw kot2 ade terbuat, x pun ai sendiri penah buat...yela kang xpasal 2 paku dulang paku serpih ,mengata orang,kita yang lebih.. hurm.
.
1) post  gambar perkembangan janin dalam kandungan:ye,semua orang tahu anda gembira.. tapi rasanya perkembangan janin anda tu x diperlu post kt fb.xsesuaila..yela mana tahu jadi apa2,xke sedih je tgk post2 lalu. disamping mengelakkan jadi bahan kutukan kawan2, ini juga mengelakkan mereka berfikir dan meneka - neka bila 'kejadian' tu berlaku..kan x elok tu.. :P

2)ari ni nak masak bla bla bla..untuk hubby tersayang:alah..orang lain pun berhubby jugak..masak jugak..xperlulah nk post masak apa...simpanjela ketereran skil masak untuk hubby tu antara anda dan dirinya sahaja :)


3)pembelian barang barang berjenama :"@ pavillion now,minta my hubby belikan handbag GUESS/COACH satu"..tahula hubby anda banyak duit.berkepuk kepuk,tapi rasanya tak perlula setiap kali anda beli emas,handbag mahal post dkt fb.xdenye orang pergi dkt anda,tanya,'eh awak beli kat uptown ek?'kalau ada pun buat dek je dahla..it's not about the price of the bag,it's about your personality'..kalau penampilan selekeh,bawak beg mahal pun orang ckp beli kat uptown.cuba klu pakai pun ranggi,style,pakai beg uptown pun orang cakap ori,ye tak?

4) post pasal menstrual stuff kat wall :adei...fikirla rasional sikit,,x malu ke....daripada xde orang tahu anda senggugut.skang 1 dunia tahu..

5) 1 lagi masalah kaum hawa ,suka PDA...-kadang -kadang i terbuat jugak.bile dah terbuat,malu sendiri..hihihi.a?PDA tu ape?hmm google sendirik.tengok keluar apa..:D

Saturday, December 3, 2011

jawapan yang diharapkan si venusian

Perempuan dan lelaki berfikir menggunakan 2 bahasa yang berbeza.kalau fikir sama,xdela gaduh 2 ..kalau fikir same boring jugak sebab x thrillla xgaduh2 ye x?tapi selalu gaduh pun bosan jugak..so,sama -same la kita tengok ye abang abang martian,macam mana nak jawab soalan or aduan venusian yang penuh misteri,salah jawab jadi gadoooo:)

a)  saya terjatuh tadi,lebam kaki....:
Martian selalu jawab: macam mana jalan,xtengok bawah ke?/Lain kali jalan betul betul sikit..
Si dia harap anda jawab:yeke....camana..ok x kaki tu?lain kali jalan betul betul ye..

b) awak sayang/rindu saye tak ?
Martian selalu jawab: emmm/berapa kali nak jawab ni...?
Si dia harap anda jawab: ye,mestilah..

c) saya tensionla kat tempat kerja..bla,bla.
Martian selalu jawab: janganla fikir sangat...
Si dia harap anda jawab: yeke....ape dia..ceritala pada saya...

d) saya geram betul dengan si polan tu.....
Martian selalu jawab:ala rilexla....tu pun nak kisah sangat..
Si dia harap anda jawab: yeke?dia buat ape sampai awak geram sangat..?


last sekali,si dia harap martian baca artikel pasal relationship or love anything that relates to her..
tapi, JANGAN HARAP MARTIAN nak baca..he..he..




Friday, December 2, 2011

Hooray hooray..its a holi holiday!!

cuti sekolah dah mula..sebulan lebih duk umah..time time nilah nak cari pakej kawin,nak g nilai,nak cari tu cari ni..huhu.tired weh!!tapi demi merealisasikan impian i,i oke je :)..xtaw nk nulis ape..bila cuti semua jadi malas..cuma happy holiday la yeh :P

Tuesday, November 15, 2011

hadiah paling bermakna..:)

Dah lama x post.laptop rosak lagi.ahhh!!!geram!!.orang sengheng cakap kalau laptop ai rosak above rm 500,sengheng ganti laptop baru.masalahnya,baiki banyak kali pun tetap below 500.pandai sungguh pakcik itu.aci ketuk kepala pun mana ada orang nak bagi free je barang yg dah rosak.ibarat kata beli buah mangga kat kedai.pastu rosak.pastu balik semula ke kedai terbabit tokey tu bagi buah stoberi.memang x laaa,kan.
okey stop merapu.

recently was my birthday,dan ini adalah besday paling best-ever...luckily semua kawan wish,including my besties, lyn halim ngan effa.thanks korang.encik tunang plak suprisekan ai dengan buku yang sangat2 bermanfaat dan menarik.hehe taw pun ai suke membaca :D.
nila bukunya.:)

tersentuh betul dengan isi buku ni. bagus sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

esoknya plak,12 November,tak tahula Shah Alam tu kecik ke apa,macam novel plak,terserempak dengan my ex..actually nothing happen pun.terserempak je.biasala,jawapan standard artis- no comment..xda drama,xda lagu ' LAMUNAN TERHENTI'.hanya lalu -lalu ayam sahaja.buat2 macam xnampak.
xkan i nak komen benda - benda sensitif pastu minta maaf kat public.lebih kurang macam nila 'sorry i ketuk kepala u all semua,i xsengaja'...


sori,merapu lagi.
okey.i suggestkan sesapa yang nak mendirikan rumah tangga baca buku ni key.lepas ni bulih jadi calon isteri mitthali.:)



Wednesday, November 2, 2011

sakit hati..ouch!!!

Hai,Salam Satu Malaysia..duhhhh..macam berita plak..dah lama ai nak post,tpi stuck kat dalam fikiran,xde idea..tapi tiba- tiba je terlintas kat fikiran..pasal list senarai perkara yang menyakitkan hati tahun ini,2011 ..kita ni pun dah hujung tahun,jadi ,peristiwa sepanjang tahun ni memang ai ingat.....ni carta perkara- perkara yang SUPER DUPER MENYAKITKAN HATI bagi tahun ini yang dikarut oleh cik rieana..

Tempat Pertama (PALING SAKIT HATI)
Hutang si polan yang berjumlah 3 k++ - nilah yg paling ai xkan maafkan...dia bulih wat muke sadin je,cakap banyak tak gune.aci ketuk kepala pun ai xkan halalkan..tengok je fesbuk beliau,kemain lagi gambar bercutila,hapala...bergaya kemain,duit ai x nak bayar..pengajaran..jangan melepaskan anjing tersepit..disebabkan si polan ni,sikap 'jual ikan' ai dah meningkat sikit..kalau dulu,senang tolong orang,skang ni,kirim salam sebakul la..biarla kedekut ,jangan nanti kusut ..duh..emo plak..adei..to that person..ai xkan maafkan you,until you bayar hutang u ni..cesss~~


Tempat Kedua(SAKIT HATI):

Bekas rakan baik yang mencampuri urusan hidup dan keluarga..Buat sahabat.kita pernah susah senang bersama sejak uni lagi.bila ai ada buat silap,u tegut,tapi bila bab family ai, n relationship ai yu nak campur,dah too much,dear..bila ai x pergi besday anak yu bukan main u kutuk2 kat fb..hmmm.kita dah dewasa..stop being childish,u are a mother and a wife!!tapi, ai maafkan u....sebab u ada waktu susah senang,cuma nak baik mcm dulu susah..nanti yu merajuk plak time ai x dapat join u g jalan sebab ai nak teman hubby ai..


Tempat Ketiga(BOLEH TAHAN SAKIT HATI)
hmm.orang yang pengecut,lari daripada masalah...pastu delete ai dari face book.apa la salahnya selesai masalah dengan bertemu muka?tapi xpalah,mungkin jodoh kita xda.and thanks to ALLAH,sebab temukan ai dengan tunang tersayang,selepas diremuk redamkan hatiku ini oleh individu yang kijam..ai maafkan yu.sebab jodoh kerja tuhan.






Tempat Keempat (SAKIT ATI SIKIT JE):
Bekas Boss ...ni kat tempat kerja lama..tapi xmau la sebut yang mana. bab ni no komen.tapi memang sakit ati.ai xnak ingat pun pasal u..nasib baikla Allah tempatkan ai di tempat yang saagat best skarang :)





Tempat Kelima( DULU SAKIT HATI SEKARANG TAK):
Makhluk yang langgar baby anne ai..huh.langgar belakang, pastu lari..aduiiii.....alhamdulillah la,ai ada duit,ai dah mekap baby anne ai,dah cantik semula..kepada u yang langgar keta ai,ai xmaafkan u,tapi ai rasa ai dah lupa kot,skang je ingat..


p/s: kepada kelima lima insan ini, ai doakan yang terbaik,yang hutang,ada duit nak byr,yg lain,semoga berjaya dan suksess dalam hidup.xda guna simpan dendam.apa yang penting,kisah sedih ni simpan sebagai peringatan untuk diri sendiri..

Wednesday, October 19, 2011

kadang kadang..

kadang kadang kita teringat dan rindukan orang yang penah ada dalam hidup kita,
tapi pernah tak kita fikir entah2 dia lagi gembira bila kita takde,

kadang- kadang kita fikir kenapa dia bukan jodoh kita,
tapi pernah x kita fikir Tuhan akan temukan kita dengan orang yang sangat - sangat membahagiakan kita,


kadang -kadang kita fikir dia yang terbaik dan yang paling kita sayang,
tapi pernah tak kita fikir sebenarnya masih ada yang lagi baik dari dia dan sayang kita malam dan siang

kadang- kadang kita fikir kita dah cukup kecewa dan x akan gembira,
tapi pernah x kita fikir satu hari TUHAN hadirkan seseorang yang cukup sempurna untuk temankan kita


kadang - kadang kita fikir,masa yang lama tu jadi pengukur harga cinta dan setia,
tapi pernah x kita fikir orang yang hanya sekejap jumpa terus serasi dengan kita selamanya

kadang -kadang kita fikir  kenapa kita pentingkan diri sampai tak cukup tabah untuk pertahankan kota yang kita bina,
tapi pernah x kita fikir yang membina kota baru lebih baik dari membaiki kota yang sepatutnya dah terkubur lama.

kadang - kadang kita fikir alangkah bagusnya kalau kita dapat undur masa dan kekalkan perkara lama yang indah,
tapi pernah x kita fikir bahawa masa bukan terletak di tangan kita dan lebih indah jika sesuatu perkara itu berubah...

dan...

kadang- kadang kita jengah balik kenangan lalu,kita rasa sayu dengan kenangan lama,
tapi pernah x kita fikir kenangan baru yang bakal dicipta lebih bermakna ,sebab....


kadang - kadang DIA hadirkan hujan sewaktu panas membara.
tapi pernah x kita fikir,selepas itu akan ada pelangi yang cantik untuk mewarnai suasana...



Tuesday, September 20, 2011

fully booked

saye dah ditempah!!alamak ..ayat sentap ni.
Mengisahkan ceritera sebelum kami bertunang..hajat di hati nak buat majlis risik.kemudian,saya dan encik tunang membuat keputusan nak bertunang.okey..everything went very well.:)walaupun lepas raya,dan planning tukar kepada pertunangan xsampai 2 minggu,tapi semuanya ran smoothly.

pertunangan impian i:
simple,sweet,si dia x ikut (duduk luarla..coz berdebar tgk muke si dia :),majlis yang sederhana,dihadiri keluarga sahaja,3 berbalas 5,kamera sebuah dua je yang ada

reality:
jiran - jiran datang,ada pelamin,si dia datang (hensem berbaju melayu,okey?),meriah sikit dari sederhana,5 berbalas 7,mak ai..banyaknya kamera..mana satu nakpandang nih?

kesimpulannya,kita hidup bermasyarakat,orang melayu ni bersendikan kata 'biar mati anak,jangan mati adat'..walaupun ai ni kacukan filipina dengan korea tapi darah melayu masih ada..(ahahaha!!)so walaupun kita berdua or dgn family, planning nak simple je,tapi kita kena consider sedara mara weh...kita ni bukan duk kt Pluto..Ade paham?opss kena berhenti menaip..semut hurung ai,sebab ai darah manis..ehek!!

Tuesday, September 6, 2011

direnjis renjis,dipilis!!

tengok entry dah tawkan ai nak post pasal ape?hikhik (malu~~)emm start bulan depan ai nk kena beli barang hantaran dah ni:).so dari semasa ke semasa,brgantung kepada degree kerajinan ai,ai akan post pasal kat mane ai beli,harganya berapa..sebagai panduan u all semua..meriah itu mesti tapi kesederhanaan itu kewajipan :).xmo komen pasal ni byk2.kang orang ingat ai PDA a.k.a 'public display of affection' plak dengan si dia tu..diam diam sudaaa (diam ke ?):P

Thursday, September 1, 2011

Raya, Diet dan Saya

hai..selamat hari raya guys!!!dah raya ketiga dah..setat dari raya first tu dah macam2 sumbat.rendang la,satela,nasi minyak la.alomnd london la.adei...se'eh (bahasa pasar ni wehhh).. perut nih.memangla makan sikit2 tapi sikit - sikit lama2 jadi bukit la plak..so arini ai telah mengambil keputusan drastik dengan berpuasa .arini n esok ai nak puasa.
mulai arini, 1 September 2011, ai nak diet juga.rasanya dah berpuluhkali diet,tpi xjadi jugak.knp ek?tak taula..motivasi kurang ke apa?so mungkin melalui blog boleh remind diri sendiri kot.nak turun 3 kg.kaalu lebih karang kering plak.ai nak secara rileks je..tetap makan cuma kurangkan.kalau rasa mkn byk pose le.haish, ade habuan ni kalau kurus.so secara rasminya sy melantik hosmate saye,Lyn Halim sebagai penasihat saya dlm menjayakan diet saya,dan secara rasminya diet dimulakan hari ini.muktamad.tapi jgn offer saya choc cake ye !!:D

ni saya senaraikan apa yang sy nak buat untuk mencapai misi ni:

1)makan nasik siangje.sarapan makan berat.tengahari makan secedok nasik je
2)xmakan fastfud(ala ni pun dah 3 bulan x makan)
3) teruskan pakai PB saye.
4)minum air masak byk2
5) kalau ade mase g la jogging.
6) join aerobik kat skul.

p/s: harap boleh achieve target dan kekalkan..yela tahun depan nk kawen weh...!!!:D

Sunday, August 21, 2011

puding koktel custard

okey..nak share resepi mudah.masa bulan pose bulih buat..

bahan - bahan:

1 tin susu pekat manis
1 tin buah - buahan koktel
setengah cawan gula
1/3 bahagian dari tepung kastard
agar - agar sepeket
2 sudu teh esen vanila

cara- cara:

1. Rebus agar - agar sampai cair dengan air
2. Campur dan gaulkan tepung kastard dan susu,jangan sampai berketul
3. Masukkan campuran tepung kastard dan susu ke dalam agar2 yang dah cair tadi,Teruskan kacau agar tidak berketul.
4. masukkan buahan- buahan koktel dan gula tadi,teruskan mengacaunya..
5. masukkan esen vanila,teruskan kacau hingga pekat.
6.. tuang dalam loyang,letak dalam peti sejuk
7.. dah keras boleh makan.

p/s: tepung jangan sikit sangat,kang jadi lembik plak. selamat mencuba..gambar xda..lupe snap ..hehehe..


Thursday, August 18, 2011

tips senang nak heal broken heart cara saya ;)

AHHA...terpanggil nak buat entri pasal putus chenta..kenapa?sebab saya putus chenta ke?haish xdelah...saya sayang MR S saye..:D..saya terpanggil nak menaip sebab terdengar lagu beribu sesalan ..tu cam lagu putus chenta je..teringat zaman remaja dulu :P

Broken heart?banyak kali putus cinta?selalu rasa nak mandi bunga?biasalah tu...jodoh tu ketentuan ALLAH.Ada yang cepat,ada yang lambat.ada yang kenal sekejap dah kawin,ada yang bercinta 4,5 tahun x jadi.si dia pon dah kawen lain dah.. u ; u....first love paling suuuusah nak lupa..kalau senang lupa maknanya tu bukan love ,tapi infatuation..first love  macam gambar lama.walaupun dah lama berlalu dan x mungkin diundur lagi,tapi kite tetap nak tgk. first love break up memang sangat painful..berbanding breakup lain..sebab kita dah belajar dari pengalaman..btol x?tapi ade ke manusia yang setiap kali break up sangat sedih,melankolik,x boleh hidup,walaupun dah byk kali putus?hmm jangan bazir air mata tu kat orang yang x sepatutnya..sila baca petua petua saya supaya dalam masa 7 hari je korang dah boleh lupa dia.

1. hari first tu kalau nak bersedih tu,silakan la..tapi jangan lupa tuhan yek.pade pompuan,,kalau menangis sampai air mata 7 tempayan pun xpe...tapi jangan meraung..nanti orang ingat anda gile.
2. memang akan teringat.tapi jangan dilayan perasaan tu.cube cakap kat diri sendiri. buat apa nak ingat orang yang x hargai kita. INGAT TAU..JANGAN CALL OR SMS DIA..WALAUPUN UNTUK MARAH2..just walk away with pride and smile...eventhough your heart is bleeding..  just keep smiling..
3. hari 3.bawak2 la luangkan masa keluar dgn kawan2..ingat,jangan sorang2..nanti anda ingat kat dia plak.cuba la skil baru:daki bukit ke,panjat gunung ke..beli baju baru ke...potong rambut ke..

4. SILA TUKAR NO PHONE ( KALAU BOLEH) dan jangan beri pada dia .ingat.jangan beri pada dia.
5. jangan update status sedih di alam maya...oke?pamerkan kehepian anda...jadi ego pada orang yang x hargai anda apa salahnya.ye dok?

6. Kenal2 dengan orang lain...luaskan pemandangan...tapi jangan terlalu cepat plak terima..kenal2 dulu..

7. manjakan diri sendiri..nak pegi jalan ke,spa ke.melancongke...inila masanya. ni jugak time sesuai nak diet..maklumlah ..selera kurang..cehhhh..

8. muhasabah diri...tengok apa salah diri kita..perbaiki salah kita  tanya kawan rapat anda apa salah anda..kalau anda yakin bukan salah anda,bagusla..si dia melepaskan permata yang berharga..

9. walaupun pedih tapi JANGAN RAYU DIA ..OKEY?

10. Percaya bahawa ALLAH yang menentukan jodoh kite..dan dekatkan diri dengan Allah..mintalah agar kita ditemukan dengan yang terbaik untuk kita.

h/p: senang aje..bagi saya..xda guna nak maki2 balik,rayu2 balik or call balik si dia yang dah lupakan anda..percaya bahawa dia dah lupa anda,dan anda WAJIB LUPA dia..ego?ye,saya ego dalam bab ni..tapi dengan orang yang saye sayang skang saye x ego la..x percaye tanya aaron aziz...hahaha!!


Sunday, August 14, 2011

chicken chop.:)

Pernah buat chiken chop sendiri?ha..ni ai nk kongsi resepi...ai dapat resepi dari bonda encik S terchenta,mase saya berkunjung ke rumah bakal mak mertua 2 ,3 minggu lepas..(terima kasih makcik...sedap :)) ingat nak share pagi tadi,tapi sebab sakit ati dengan stalker MR. X,dan mood yang tak stabil,jadi ai lupakan sahaja.tapi skang mood ok,ai nak share resepi ni..nanti boleh buat lagi.

bahan - bahan:
bahan A: Kuah sos: 1 sudu besar kicap cair
                              1 sudu sos lada hitam
                                sedikit tepung jagung
                              1 biji telur

Bahan B (untuk sos:) 1 sudu besar sos tiram
                                 garam
                                 sos tomato
                                 sedikit tepung jagung yang dibancuh air
                                jus lemon (jgn byk sangat..nanti masam  sgt..light light je..)

cara - cara:
1. perap peha ayam bersama bahan A selama 30 minit.
2. celup peha ayam dengan putih telur dan air tepung jagung.
3. panaskan minyak dan goreng ayam,then ketepikan.
4. sediakan bahan B,masakkan seketika dan angkat,tuangkan atas ayam yang dah digoreng tadi
5. hidangkan bersama kentang goreng,coleslaw dan tomato..
6.dah boleh makan :)

p/s: yang Puan Zainab punya lagi best...ai punya macam budak baru belajar..housemate ckp bolehla bagi 6 markah kot, out of ten..hihihi.oklah tu bagi beginner.cuma kuah je masam sikit..terlebih lemon daaaa..


okey, selamat mencube :)
ni la chicken chop saya :)

Saturday, August 13, 2011

TO MR X

Rasa x best bila diekori seseorang..duduk x kena berdiri x kena..mungkin ke blog ni akan didelete?mungkin ke blog ni akan deactivate?ntahlah.to MR X,jgn la kacau saya....saya pun ada kehidupan sendiri.leave me alone.

Sunday, August 7, 2011

puding....

sempena bulan puasa ni ai cube resepi baru...puding triffle or truffle ek..x ingt nama..macam rifle pon ade.bolehla macam aiskrim la.... best ..ni resepi dia.

1/4 cwn gula halus
1/4 cawan tepung kastad
1 tin susu cair
1 tin koktel buah
1 kotak jeli segera
1 cawan yogurt/whipping cream
swiss roll sebarang perisa
bekas kaca/tupperware besar
2 camca esen vanila
cara membuatnya:
layer 1:
1.swiss roll dipotong -potong lebih kurang 1 cm susun dalam bekas.ai guna swiss roll choc..tpi kalau guna kek span lagi best kut sebab tebal..
2. buka koktel,dan curah air koktel je taw,atas swiss roll tadi
3. campurkan tepung kastard,gula halus dan susu cair,kacau hingga pekat
4. kemudian,campuran tepung kastard,gula halus dan susu cair dikacau atas api kecil,terus kacau supaya x berketul.masukkan yogurt or whipping cream,teruskan kacau hingga pekat. ai guna yogurt nestles sebab menyihatkan.masukkan esen vanila plak...hehehe.campuran ni akan dijadikan layer kedua.
5. curah layer ke2 ni atas swiss roll tadi.
layer 3:curah buah buah koktel atas layer 2.

layer 4: bancuh jelly ikut arahan pada bekas..ai guna jelly strawberry. pastu curah jelly atas layer 3.
dah siap dan simpan dlm fridge.
p/s: yum yum..dah boleh mkn bile dah keras..tpi jgn risau xdela keras sgt.infact macam aiskrim juga..lembut..kn makan guna sudu.tapi menurut kate lyn halim dan encik shafeq terchenta..best....hihihi. lainkli bulih cuber lagila..

Tuesday, August 2, 2011

mimpi indah :)

orang cakap,kalau ada jodoh x kemana...benda ni yang ai pegang dari dulu sampai sekarang..susah kan nak percaya lelaki sekarang..orang asyik tanya bila bila...cakap pasal jodoh,tetiba teringat ai kat mimpi masa umur 17.begini ceritanya..

masa tu datangla seorang jejaka yang cerah dan bersih kulitnya,cuma x tahu rupa parasnya bersama dengan ibunya (berapa banyak nya daaa),dia pakai baju melayu putih,mak dia kurung putih,sejuk muka mak dia..diorang x cakap sepatah pun,tapi memang ai tahu diorang nak melamar ai.mak ms tu ckp,"ALONG ,ADA ORANG NK MELAMAR NI.NAK KE X?"masa tu mak ai suruh ai jalan2 dgn dia,kenal2 dulu.
Masa ai jalan2 dengan dia ,dia diam je..xambil kesempatan pun.kami berada kat taman bunga yang indah dan putihxtahula kenapa kalerp utih.mungkin mimpi xde kaler kot.pastu ai ckp kat dia "AWAK,SAYA MUDA LAGI LA.SAYA NAK BELAJAR LAGI.NANTI2 LA AWAK DATANG BALIK". tup2 pastu terus ai terjaga.rasa menyesal juga rijek sebab ai tahu orangnya hensem,baik hati sedangkan x prnah jumpa pun...

lepas 11 tahun berlalu..sampai sekarang mimpi tu masih di ingatan,sedangkan sampai sekarang ai x kawen2 lagi..tapi,i met some one...i hope he' s the one in my dream before..x mo ckp banyak..tunggu tahun depan!!

Tuesday, July 26, 2011

FEAR

Setiap orang dari kita,ada perkara yang kita takuti kat dalam hidup ni..tapi harus diingat,sebagai orang islam,mestiah kita perlu takutkan ALLAH,dan kita juge mestilah takuti MATI..apa yang ai list kat sini adalah BENDA,PERBUATAN,BINATANG...

1. LABAH -LABAH - start tengok cite star wars yang ada labah2 besar tu..takut ai..dah tahap phobia ni..

2. KETINGGIAN - duduk tempat tinggi ok,tapi kalau kena terjun dari heli ke,kapal terbang ke,pastu guna payung terjun..naya kalau tak xdapat buka...

3. BILIK TERTUTUP - Xtawlah kenapa..rasa lemas..sebab tu tido kena buka pintu bilik sikit..takut plak jadi    Klaustrofobia.

4.HILANG KELUARGA- Xda orang suka..panjangkanlah umur keluargaku..

5. HILANG PEKERJAAN/KEWANGAN - Oh tidak!!

6. HILANG KAWAN BAIK n RAPAT - ai ada a few sahaja...sangat susah mencari sahabat..

7. HILANG BABY N- oh tidakkk...nak g jalan kaki je ke thru  LDP?

8. JATUH SAKIT - Sakit yang kronik...xdapat nak bayangkan..

9. PERUBAHAN FIZIKAL - U know what i mean...bigger size for everything..huhuhuk..

10. JATUH CINTA - Sebab putus cinta,adalah kerana jatuh cinta.....

p/s:Take the best care of my heart :)

Friday, July 22, 2011

welcome back to me!!:)

ah dah berkurun baru post..gara2 terlupa password...akhirnya boleh jugak.. sapa dah betul2 kenal diri dia ek?saje nk share..cuba korang pergi kat link ni http://rahsia-tarikh-lahir.com/index.php...cuba try apa korang dapat?ni rahsia tarikh lahir..nilah i punya result:tapi,tadi i bukak yg baru..yg ni lagi best:)..detail..http://www.metafizik.me.pn/..cubalah.cintai diri kita sebelum mencintai orang lain...:)

Ezrieana Bahari ,


Nombor Peribadi :
7
Elemen :
Air
Ciri Utama :
Kawan
Sinopsis :
Disukai kerana terikan pengikut namun cerewet dan suka berhujah.
Tafsiran Umum Peribadi :
Suka berhujah, cerewet, popular, tarik penyokong.
Warna Yang Sesuai :
Biru dan hitam.
Status Body Mass Index (BMI) :
23 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Masalah Kesihatan Berkaitan :
Buah pinggang, pundi kencing, kemandulan, pembuangan air kecil yang kerap. 



p/s:ape?mandul?sedap2 je ckp ai mandul..xnak cayelah
gini..cesss...alah jangan percaya sangat.
.atleast kita tahu sikit kan pasal diri kite?:)






Tuesday, April 26, 2011

anak itik yang hodoh...

pernah dengar tak pasal anak itik yang hodoh?..cerita pasal anak itik yang paling hodoh antara adik beradiknya..semua orang cakap dia hodoh.dia sangt sedih..tapi dia membesar n jadi cantik sebab sebenarnya dia seekor angsa putih yang cantik.End of story.

      Sekarang aku nak story pasal kehidupan itik hodoh yang bertukar jadi cantik tuh.kira cam kehidupan aku la.Dulu masa kat mrsm dulu..aku macam Ugly Betty..dengan pakai spec besar.muka bersegi.Paling sedih bila TIME REQUEST DAY.Kawan kawan aku yang cantik dapat coklat.aku?harem....masa aku kat tingkatan 1 lagi sedih..aku kena gosip dengan class mate nama zul azri..dia malu kena gosip dengan aku sebab aku banyak jerawat..sedih gila..aku memang membesar dalam kekurangan keyakinan diri.tapi aku janji satu hari nanti aku akan berubah..


      Aku masuk u aku belajar bersungguh-sungguh..cara pakai berubah..dah xda jerawat...dah kurus sikit..dah ada boifren(walaupun x thn lama)hihihhi.aku transform jadi 'beautiful swan'.aku jadi centre of attention..aku terkejut ..mula2 aku suka..tapi pastu..

      Ada saja berita pasal aku...selalunya berita yang male collegues cakap aku sombong...yang peliknya perempuan XPLAK...masa aku kerja jus** dulu, sampai pak guard siap sms aku cakap aku go after mamat yang ada honda. puncanya ada sorang mamat tu suka aku..dia pakai honda civic hantarkan aku balik tuje.pastu xlama lepas tu adalah ex sekejap aku ..anak orang kaya..pakai honda  accord.kejap2 pakai bmw..tapi tu mak dia punyala..padahal aku xtaw pun dia anak orang kaya.disebabkan dia chubby..orang panggil aku dan dia beauty n the beast.aku putus dgn dia...pastu mcm2 dugaan aku tempuhi..

     aku gaduh dengan pondan..dia tarik tudung aku kat selling floor...sebab dia suka kat kawan aku..dia ingat aku suka kat mamat tu jugak...  Sampai pengkid pun suka aku ..adoi.....aku penat...bila aku masuk kerja baru ni,g kursus...yang suka  kat aku laki orang pulak...aku rimas..lemas..apa yang aku buat serba x kena..bila aku layan..kata gatal.bila aku x layan kata sombong...skang ni kat tempat baru ni pun sama...aku kena gurau lucah2 ke nak diterima diorang?aku kena keluar dengan diorang ke baru diorang cakap x sombong?kadang2 aku terfikir..ikhlaske lelaki yang suka kat aku?kalau aku hodoh.diorang terima aku x..kalau aku dah x cantik....aku disayangi lagi x?
inikah harga yang perlu dibayar bila dah jadi cantik?hmmm..

h/p:ada pro n kontra nya...manusia sentiasa x berpuas hati dengan apa yang dia ada.manusia juga selalu xpuas hati dengan apa yang dia tiada...itulah manusia..senang cerita..pekakkan telinga!!

Wednesday, April 13, 2011

SELF CONFIDENCE - DONT JUDGE THE VOICE BY ITs SOUND :p

Semalam aku tengok wayang dengan LYN.housemate aku.seorang blogger veteran.(ngeh ngeh...) kitorang menonton cerita Source Code. tapi post aku bukan nak review pasal cerita ni..aku nak cerita pasal benda lain.cerita ni kalau korang nak tengok..erm... bulihla...aku bg 2 setengah bintang jer...

        Pendekkan cerita..masa lampu cinema dah padam..tengah rancak2 iklan...masukla 2 orang makhluk dan duduk disebelah aku..mule2 okeyla pastu.....(jgn pikir biru ye..dua dua tu pompuan..hihihi).

        Aku baru nak menghayati cerita tu,tapi diorang pompuan sebelah aku ni,sibuk berbual2...bila tiba scene Jake Gylenhall kat Chicago diorang pun berkate2 dgn ala - ala mat saleh campur melayu....oh..i've been there... eee kat situ la....tu x  termasuk dengan makan popcorn...letup2 kan chewing gum...dengan komplen kerusi cinema bau spender x basuh..(aku rase diorang taw sebab spender diorang x basuh kot..upss..).pastu cerita pasal boifren la...

        Yang aku paling bengang.. diorang berdua jawab call tgh2 cerita..dan gelak kuat2 yang pada aku setakat lawak kering je oleh hero..xlayak nk gelak kuat2 pon..patut gelak tersipu - sipu jer.
dalam hati aku memang menyumpah2..aku tawla diorang ni lawa..educated...fashionable..anak orang kaye...(mane aku tahu?ala....based on percakapan diorang..aku membuat perkiraan sendiri...:P)
Akhirnya masa cita x berapa nak best ni habis,aku pun xsabar2 nk cerita dengan LYN. tapi aku pandang belah kanan aku..nk tengok jugak....orang yang memekak selama aku tgk wayang tadi..tiba - tiba terkejut aku..mak ai....ingat cun gila....GEMS U ALL!!! aku ingat cun gila macam model(berdasarkan perbualan mereka yang aku terdengar).CEH.......

H/p:
1.Kalau yeapun nak upkan self confidence,x perlulah nak menyakitkan hati orang lain...nk terlalu berlagak..aku tahula sesetengah golongan low self esteem,buat perangai camni dengan nak beritahu orang lain their existance  sebab nak gain confidence. Tapi xsemua mcamtu..ya,..kita boleh gain keyakinan dengan beritahu diri kita cantik seperti orang lain..kita boleh..tapi jgnla sampai orang meloya....uwekkk...


2. Dont judge the voice by its sound - terutama lelaki..dengar suara dah jatuh cinta..rupanya...ngeh ngeh ngeh..sendiri mau ingat :P



Sunday, April 3, 2011

LAT KAMPUNG BOY REVIEW.

Semalam singgah kat ISTANA BUDAYA tengok   menonton teater LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL..emm menarik...tayangan start 8.30.. sampai 11.30..adala rehat 15 minit.  so far ni first time aku layan teater..syok jugak...tapi aku rasa 'ke bestan' teater ni bergantung kepada jalan ceritanya...pelakonnya...muziknya..tayangan LAT ni sampai 5 APRIL..yang lain semua sold out..yang 5 April je tinggal. okey.kalau aku cakap byk2 kang korang bosan..jadi aku nak ulas la sikit pengajaran yang aku dapat dari teater LAT ni. Aku bukanla pengkritik profesional..aku ni amatur je..so ni la yang aku digest dari kaca mata seorang amatur:)



1) DO WHAT YOU LOVE..LOVE WHAT YOU DO (DWYL,LWYD) - ni kata2 cikgu Lat yang bersanggul tinggi..Mrs Hew....hehe Mrs Hew ni menggalakkan anak2 muridnya menceburkan diri dalam bidang yang diminati..beliaulah penggalak Lat supaya Lat terus berkarya...betultu..kita mesti cuba capai benda yang kita minat..jika kita xdapat capai apa yang kita minat...cuba cinta kepada apa yang kita lakukan..contoh paling tepat:KERJA :)



2)JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT - Lat ada kawan baik sewaktu di berpindah ke Ipoh..namanya Frankie..Frankie ni town boy, anak orang kaya..cita - cita nak jadi penerbit muzik..walaupun ibu bapanya nak hantar dia ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang accountancy. Lat terserempak dengan Frankie sewaktu di London.Masa tu Si Frankie dah jadi penerbit muzik yang famous. dia xnak balik Ipoh sebab happy dengan kemahsyuran dia..Lat menasihati la kawan dia..x lama kemudian si Frankie ni pun balik Malaysia sebab hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri. yang best kampung kita jugak:)

3) JANGAN TAKUT MENYONGSANG ARUS -
aku kagum dengan Lat...1.Dia berani hantar naskhah komiknya '3 SEKAWAN' ke penerbitan masa dia dia umur 13..dapat royalti pertama RM 25..masa tu komik dia berharga 35 sen :)..2.dia berani masuk kelas piano yang mana,budak2 kecik je main piano dia sorang je lelaki dewasa..dan kat situ la dia jumpa isterinya Faezah. 3.dia berani menyatakan ideanya kepada bosnya Pak Samad untuk membuat komik berdasarkan kehidupan di kampungnya pada masa lalu..ohh so touching :)..pendek kata..kita kena berani mencuba..:P


4) TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG PULA TEMPAT BERMANJA - Lat sangat menyayangi kampungnya..sebab tu dia xnak pindah..daripada teater ni aku tengok Lat sewaktu kecilnya mempunyai ramai kawan2..dia xpernah lupakan kawannya..dia x pernah lupa asal usulnya..macam kitala...sejauh mana kita mengembara..janganla lupa asal usul.

5) BULAN DAN MATAHARI sama menyinari BUMI - ni nasihat ayah Lat pada dia..nipun dalam fikiran Lat je..masa tu Lat ada krisis rumah tangga kerana terlalu sibuk sampai Faezah kecil hati..Lat kemudian terkenang arwah ayahnya ..bagaimana arwah dapat membahagiakan ibunya..hehehe. Kata ayahnya,BULAN sentiasa bersinar 24 jam..tetapi pada waktu siang..terangnya cahaya MATAHARI,menyebabkan sang bulan xnampak sinarannya pada waktu siang....samalah seperti suami (matahari) yang sibuk bekerja untuk keluarga..tapi perlu membahagiakan keluarga dan isterinya (bulan) dengan meluangkan masa bersama mereka..matahari x pernah overshadow bulan ketika malam tiba dan begitulah sebaliknya.masing- masing mesti saling memahami :)

h/p: aku suka teater ni...menarik..aku bg 3 setengah bintang la..:)tapi masa akan datang ..kalau ada teater Merong Mahawangsa aku nak tengok..tapi pastikan abang STEPHEN RAHMAN la jadi heronya.. :P

Saturday, April 2, 2011

what make the venusian turn off

ok venusian tu a.k.a perempuan (refer  mars vs venus by john gray ) .....venusian akan turn off bila...

1) martian yg menunjuk2 - muke hensem or keja besar or gaji banyak or beli keta mahal - x yah la nk war2 kan kat orang.jadila humble.ni semua benda nak bagitahu..post kt fb excited terlebih..lagi satu perempuan yang jujur  xkan kejar harta anda ok?what point menunjuk2?

2)martian yg ego- lelaki mmg la kena ego..tapi kalau dah ego sangat...sampai nk memujuk or say sorry pun payah ...emmm gtg la...u r expired (macam lyn cakap hihihih)

3) martian yg kuat cemburu - baru kawan dah check hp apa kes?

4)martian yang desperate : 'tolongla terima i....u la kriteria perempuan yg i cari ...." - xlama pastu? bubye..

5) martian yang lampi (lambat pick up): xtawla..mungkin dia dulu seorang yg skima or sekolah lelaki...xda perasaan..hati kering..or wat eva...

6) martian yang suka memaksa- sikit2 paksa partner dia join tula suka ni la...

7) martian yg womanizer: mana ada orang suka.....ada ke?martian yg suka flirt...haish x bulih percaya ni

8)martian yang xda perasaan:dia x perasan pun partner dia bengang ke..jeles ke..majuk ke...errr..x alert langsung

9)martian yang cakap kasar :waaaa kasarnya bahasa..... x maulaa...

10) martian yang  terlalu bz dan x nak komitmen : sampai birthday sendiri pun x ingat.....

ps:ada sesiapa yg mau post pasal what makes guys turn off?nk taw jugak

Thursday, March 31, 2011

top 5 my wanted list (before 30)

semua orang merasa tense dgn tempat kerja..x terkecuali aku yg baik dan naif ni...jadi orang cakap,nak meredakan ketegangan..maka fikirkan benda2 yang kita suka..motivate kata orang..ok kita mulakan dengan benda2 remeh dulu...



1.a good make up kit (estee lauder block buster set)- aku memang nak benda ni dari dulu lagi...tunggu la bulan 9 ni...akan kulabur duitku sikit..hihihi

2.a good handbag- ni pun ikut nafsu jugak..takpala..nafsu nak melawa..bukan nafsu yg xx pon...paling penting aku guna duit sendiri..

3. a good vacation - oversea la of course..teringin betul la....orang lain semua dah rase..aku je belum..so...next year..dapat je dividen..Bali jum?



4. A nice house - tunggu duit kwsp la lagi 2 tahun...aku nak beli rumah yg selesa for my parents....rumah lama sewa la...duit nya aku amik..wawawa..bes bes



5..lastly… - a six pack,  a rich  a good  +loyal + non smoking  hubby yang beriman ..boleh membimbing ke arah kebaikan.. paling lekeh macam fahrin ahmad…ermm boleh before 30 ke?:)


Thursday, March 24, 2011

Why Men Marry Bitches!!!

akhirnya..settle juga pembacaan aku .best buku Sherry Argov ni..byk tips berguna.buku ni entirely pasal lurrrrve la....pasal a woman's guide to winning her man 's heart.aku bagi 4 bintang.Memang boleh dijadikan panduan :) pendek kata,x perlu jadi gedik dan seksi seperti Paris Hilton to chase him.hehehe..kat sini aku nak share sikit la pasal apa yang aku dapat jadikan panduan dalam menjaga relationship :).anyway,bitches dalam konteks buku ni bukanlah pelacur.bitches bermaksud perempuan yang in control,x tunjuk yang anda perlukan lelaki sangat2.tu maksudnya ...ni aku perturunkan beberapa isi penting buku nih :)

1) peraturan telefon :telefon  pagi petang siang malam?kirim salam la kalau korang nak kekal dengan dia..ingat dia suka ke?kekerapan telefon setakat nak cakap rindu,buat apa,kat mana?sampai mengganggu kerja akan menyebabkan dia x sabar nak cakap bye kat anda.bagila ruang kat dia.hadkan call sekali sehari.tupun dekat nak tidur.

2) sms berpanjangan?terpulang si dia jenis macam mana..tapi sms waktu kerja sangat2 mengganggu.

3)dia x sms@ jawab call anda sehar suntuk?anda x taw dia ke mana?solusi?jangan marah2 da...nanti dia ingat anda x memahami dia....apa kata anda pun buat macam dia buat?x call dia,x jawab sms dia..tengok setakat mana dia cari anda. ;P

4) bila dia call anda tanya anda buat apa?jangan sekali2 cakap anda tengah teringat kat dia..mungkin anda ingat ni sweet,,tapi TIDAK.lelaki akan ingat kita dah lemah dengan dia.jawablah anda kemas rumah ke,shopping ke,tengok wayang dengan housemateke,jogging ke..jgn sekali2 tunjuk yang anda x boleh buat apa tanpa si dia. jadi wanita yang independent

5) dia cakap dia x suka anda pakai baju x, y,,sedangkan baju2 ni kegemaran anda?kecik ati babe..rileks..jangan mengalah...hanya beritahu..lain kali, kalau saya nak pakai baju ni, saya beritahu awak dulu k,nanti awak boleh decide nak keluar dengan saya ke x...(with smile :)

6)anda terfikir nak menguratnya sebagai bakal teman hidup anda?berpakaian dan berperangai seperti Paris Hilton TIDAK AKAN membantu..

7)no body's perfect - kalau anda keluar dengan dia,tunjukla sikap anda yang sebenar..(tapi jangan lepas laku plak..) be natural...x pyh poyo2 cover,ketawa ayu gila,sedangkan anda ni havoc!!!lagipun sampai bila anda nak control?

8)kalau dia tanya "apa rancangan awak dalam masa 2 tahun?"- jgn jawab :kawin dengan awak,dapat baby comel...GTH..okey? jawab lah "saya ingat nak beli rumah,nak melabur dalam unit trust,sambung belajar.."part kawin, biar dia decide...ingat..jodoh x kemana kalau ada dengan dia.meminjam kata lin....jangan asyik fikirkan wedding day..apa yang kita perlu fikir adalah marriage.hidup lepas kahwin,ok? "bak kata Sherry Argov "the bitch does not hint about marriage or ask,"where is this going?" instead,she hints about the removal of HERSELF from the relationship"

9)kalau x suka sesuatu benda..voice out kan..x pyh simpan2..merajuk2..dia suka orang berterus terang.tapi jangan kasar,ok.dan kalau anda x suka dia buat sesuatu perkara,beritahu.tegas.asertif,ok?

10) jadi sedikit misteri..ceritakan sikit,simpan sedikit lagi..cerita sedikit,simpan sedikit lagi..x perlu buka mulut kalau dia x tanya..contoh "awak semalam pergi mana?"jawab sahaja oh saya pergi xxxxx." x perlu cakap oh saya pergi bla bla bla...dengan bla bla bla...balik pukul bla bla bla.....

11) dia tinggalkan anda?go on..jangan merayu..INGAT...JANGAN MERAYU..u deserve better..i've done this.. :)it is so damn true....kalau dia rasa kehilangan anda,confirm dia yang merayu balik.so..berlalu pergi bila dia request!

12) dia x perlukan seorang lagi ibu!!x perlula membebel mengenai cara pakaian, pasal tu pasal ni...kalau macam tu baik anda kawin dengan ayah dia


13) beri sedikit ruang..x perlu berdua hari2.setiap masa anda perlu spend time dengan kawan 2 anda juga.jadi seperti merpati..ingat, sesuatu yang rutin akan mnyebabkan kebosanan.

14) si dia declare single di fb?anda jangan marah..buat benda yang sama...make thing that equal to him.dia gedik2 dengan girl lain di fb?anda jangan tunjuk marah ..anda pun ada male friend rite?tapi jgn tunjuk murah,k?x perlu upload pic yang menunjukkan anda dah ada si dia bersama - sama berdua.the more control you have over urself,the more of hold u will have on his heart.

15) anda terlalu high mantainance?sampai makan kat mamak pun x boleh?pastu mak ayah masih support kewangan anda?kirim salam la kalau dia nak lama2 dengan anda..be down to earth la sikit..xyahla mekap beria2 sangat.. less is more...men dont judge how much money you have.they notice how u budget what you do have.

h/P: i recommend this book...very interesting.. ingat..he 's not finding someone perfect..he 's finding someone interesting..and so do u.

Saturday, March 19, 2011

how to treat your friend during your wedding day

Direnjis - direnjis dipilis..ditepungi lah tawar...wah-wahh... musim orang kenduri ni...kenyang makan nasi minyak ek..tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal persediaan perkahwinan...tapi nak cerita pasal bagaimana nak menjaga hati kawan di hari perkahwinan korang...walaupun aku ni x kahwin lagi,tapi pengalaman menghadiri kenduri perkahwinan menyebabkan aku peka juga dgn  keperluan rakan2 sebagai jemputan.sampai kekadang tu jemputan kecil hati sebab pengantin buat dek je kat dia..yelahh tawlah bizi..hari ko kahwin..tapi...xkan la jadi selfish plak kot kat kawan2 baik?kalau diorang sanggup datang dari jauh plak mcamana?emmm no komen.so ni dia cara2 nak treat kawan2 anda supaya x kecil hati sewaktu menghadiri perkahwinan anda....


1)untuk kawan2 yg baik /rapat dengan anda,bagila kad..xkan sms je kot....

2)luangkan masa sms tanya kawan baik anda..dapat x kad anda?boleh pegi x?kalau dia xdapat pegi jgn marah...xpelahh ..fahami masalahnya..

3) masa dia dtg ke kenduri anda..ucapkan terima kasih..dan senyum..:)

4)bagi perempuan..mesti kawan2 anda akan menjengah anda ke bilik pengantin...so janganlah buat bodoh kat dia...sesibuk manapun anda..walaupun anda tgh ambil gambar,pinta cameraman anda tu berhenti sekejap,sambut kawan anda,ckp terima kasih..beritahu dia anda minta maaf xdapat layan dia sesempurna mungkin dan jemputlah dia makan...

5) kalau dia bagi hadiah,ucap terima kasih..jgn buat bodoh..sampai dia tertanya2 kat mana aku nak letak hadiah ni?sampai berkali2 sedangkan anda sibuk pose (pose bergambar okey,bukan puasa).

6) simpan sedikit gift beg untuk kawan2 dlm bilik pengantin,jadi bila diorang jengah anda kat bilik,anda terus boleh bagi.yela..xkan la dia nak mintak pulak..mmgla penanggah bagi bunga telur or gift bag kat tetamu..tapi kekadang penanggah x perasan..orang dtg ramai sgt..

7) kalau anda mmg betul2 bizi xsempat nak cakap hai or terima kasih kat kawan2 yg datang,sebab anda pengantin glemer atau popular,anda buatla majlis khusus untuk kawan2 rapat anda..xsalahkan..

8) kalau kawan anda nak bergambar dgn anda,luangkan masa bersama mereka...ucapkan maaf kalau anda terpaksa beredar.

9) luangkan sms terima kasih or bagi thank you note kepada kawan2 or sedara mara anda.

10) kalau kawan anda sms anda sebab komplen pasal layanan anda...ucapkan maaf..dan terima kasih..yelah..dia berterus terang tu kira okla...kalau dia buat dek je dan terus diam simpan dlm hati..lagi haru..

ingat..tanpa hadirin dan kawan2 anda,majlis anda x bermakna...malu babe kenduri xde orang..erm...renung2kan an selamat beramal..:P

korang dalam versi katun?



http://www.faceyourmanga.com..ni adalah link yang aku jumpa kat just khai tadi..aku pun klik.try la ubah rupa korang dalam versi katun.tapi satu yg x best..dalam versi bertudung xdeke?meti comell..hihihi

Wednesday, March 16, 2011

why men marry bitches!!

hmmm baru balik karaoke dengan housemates tercinta.....dan tengah mengulang baca why men marry bitches by sherry argov.nan ti aku post ek pasal ni :)

Saturday, March 5, 2011

ini kah perempuan?-Vanity Drive Book Review



hmmm rasa lama pulak x post..currently im reading Vanity Drive .author dia Yvonne Lee.Beliau ni orang Malaysia.Aku dah pernah baca sikit2 buku dia yg lain - The Sky is Crazy..pasal kerjaya pramugari dan gelagat yg diorang kena tempuhi masa fly..heheheh!!klako..bahasa dia best...fyi,beliau ni bekas pramugari,dan bekas finalis Mrs Malaysia.. ^_^.
ok,back to my post...aku nak ceritakan sikit pasal Vanity Drive atau kalau di translatekan secara literal nya jadila "keinginan kesombongan "..adei pening2 kalau nak difahami dari tajuknya...so better dalam english je.tapi yang aku faham,buku ni tentang sikap perempuan ..apa dia ek?



1)alergik dengan 'hair' yang tumbuh di badan - armpit hair,bulu kaki..dan lain2 lagi..x yh la ckp..i malu :P sebab tu la ada Veet,Brazillian Wax (euww),Shaver for Women..ni btul jugak..betul x,kalau perempuan tu cantik,ada armpit hair,adei geli taw....ni bukan pasal yakin x yakin,tapi ni pasal rutin kecantikan...xde maknanya perempuan tu cantik kalau 'yg x sepatutnya' tumbuh melata ..hihihihihhi...bygkan,seorang perempuan yg cantik,tapi bulu kaki lebat macam lelaki...omg.......thanks to Veet(again!!)

2)obses dengan jisim badan - hahahaha...aku pun..x usah nk cakap orang la....nak naik penimbang pun takut..selalunya kita akan tanya si dia....saya gemuk ke?pastu mesti dia serba slh nak jawab - sama ada dia jawab,'xgemukla..berisi sikit je'...x pun dia ckp 'a,ah naik sikit, tapi x gemuk...'tapi kita tahu tu tipu..tapi penimbang x boleh tipu..kita pun dietla..siang malam..jogging lagi....tapi bila x turun berat kita jugak fed up..pastu kita pastikan yg baju2 pilihan akan cover peha, perut...hihihhih....dan selalunya,rumah bujang perempuan akan ada penimbang...betul x?hahahaha memang betul la buku ni tell us about what drives women...

3)concern dengan saiz  'twin' - tipula kalau perempuan x concern..kalau x apa guna Payuda tu?Apa guna Breast Cream tu?hmmm masa mula2  akil baligh mmg la malu,tapi bila dah dewasa kalau si kembar tu x membesar sepatutnya mesti perempuan tu risau..(x termasuk pengkid hahaha!!dah jadi perempuan nak jadi lelaki ..adoiyaii)pastu mesti terfikir takut2 si kembar tu 'jatuh'.....macm2 la pakai..krim la,losen la,letak silikon la...pakai baju yg dedah cleavage la..pakai span tebal2 la..huhuhhuhhuhu..no komen pasal perkara ni..sebab im a woman ^_^ tapi terpulang la pada masing2 punya pendapat..

4)Risau dengan keadaan kulit - cerah ke?makin gelap ke?berkedut ke?...its so damn true.. perempuan sejati risaukan keadaan kulit nya..kalau x risau tu x berapa sejatila...aku?erm umur 13 - 24  :risau pasal jerawat... umur 25 - sekarang:risau pasal ageing..hihihih....bukan x nak tua taw...cuma kalau boleh biarla umur 30 tapi muka macam 25 :P..begitu banyak produk kecantikan kat luar yg anti ageing,prevent pimple.u name it...dari semurah2 hingga la semahal2nya ...dan mostlynya modelnya perempuan..tapi aku respek kalau lelaki concern pasal ni...:)sebab beauty routine not limited to women  only.. dia nak kita cantik,dia pun kena jaga kulit dia...:P



5) Kasut tumit tinggi : Anda perempuan sejati?tipu kalau xde tumit tinggi...:P  kalau jenis yg obses kumpul kasut tu lagi haru..half tu kalau boleh  high heels je..aku x byk sgt high heels..dalam  3 ..5 pasang kot..kenapa tumit tinggi?sebab tumit tinggi boostkan confidence level kitorang..lagipun high heels ni helah supaya nampak lagi kurus...:P lagipun high heels kan statement seorang perempuan..adeke lelaki pakai high heel?hahaah nyah adala...walaupun kaki sakit memanjat tangga shopping complex sebab pakai high heel,tapi keanggunan penting...dalam kereta tanggal la.. :P

6) usia:hahahaa..no komen....i stop counting my age when i reached 26 :P


7)everything about make up,make over,bla bla...- tipula kalau anda ni perempuan sejati kalau x pernah pakai bedak compact di muka @ secalit lipstick..betul?kalaupun anda ni jenis x mekap,mesti ada juga bedak ditempek di muka..kalau jenis yg beauty conscious ni jangan cerita la..aku xdela byk sgt...cuma ade moisturiser,lipstick,compact powder,loose powder,lipgloss,eyeliner..mascara...dan aku jamin aku ni kira x bermekap sangat..mesti korang lagi byk ni...pastu aku pernah make over muka adik aku guna mekap mak aku masa kecik....hasilnya? cubitan di tangan..biasala..kanak2 perempuan pun teringin nak mekap..Yvonne Lee ni pun sama macam aku jugak.. :)..dan ramai perempuan x keluar rumah tanpa mekap...betul?

8) Logo Mania - handbag jenama Guess, Kasut pun Guess..hmmm tudung Ariani..biasala..ni untuk middle class punya golongan.. aku rasa high class mesti LV..Aku?x berapa kisah..tengah2..cikai2 pun x juga...sekadar nampak cantikdan aku ada statement diri aku sendiri :) tapi sebenarnya kumpul jugak duit nak beli Guess satu...hihihihi...sebab apa?ni pun mungkin berkaitan confidence level jugakkk.Perfume pun satu...haaa  ni baru kegilaan aku..Logo Mania?Mungkin..aku suka CK Euophoria...ni kira branded perfume jugak...xkan nak guna yg pasar malam kot...tapi depend la pada korang:poket dan status kewangan..

9) Sanggup sakit untuk cantik :betul sangat.. contohnya pakai girdle,corset...nak reshape badan?kenapa?sebab nk cantikla!!barula nampak voluptious sikit....adeke corset designed for men?hahaha!!!

10)mesti ada berbagai2 jenis bag-dan dalamnya berbagai2 isi..ada handbag rasmi pergi kenduri,bag untuk jalan2...ada purse comel sampai nk letak hp pun x muat...hihihih..aku ada sikit je..5 or 6 beg je..


11) off dari majlis,pergi toilet berias depan cermin: pergi tandas.hadap cermin.betulkan apa yg patut:pakai bedak..lipstick?kenapa?sebab perempuan la!!!

hp: perempuan kan makhluk yang cantik+ bernafsu 9..nafsu untuk tampil cantik adalah salah satu daripadanya..tapi  terpulang la macammana kita nak cantik,janji jangan melebih2 dan langgar hukum agama. so far buku ni aku bg 4 bintang..menarik..:) support our local author...

Monday, February 28, 2011

book review- act like a lady think like a man

semalam aku g baca buku ni kat Popular bukit tinggi.niat di hati nak beli,tapi xde duit plak..ermm buat penggemar buku self enrichment yg suka kan pasal relationship konfem akan suka buku ni.aku boleh la digest sikit2 apa yg diceritakan steve harvey dalam buku dia ni.

Putih berseri gigi dia..aku ingat buku pasal kesihatan gigi tadi


1)basically buku ni pasal relationshipla.tapi lebih kepada apa yg lelaki fikir pasal c.i.n.t.a....aha...ye,,cinta,benda yang paling banyak digooglekan oleh penduduk dunia :P

2)cinta perempuan:sebagai perempuan,aku ngakula,kalau kita mencintai seseorang,kalau boleh kita nak manjakan dia,sentiasa nak cakap kita cintakan dia,selalu rasa kita nak di samping dia.tulah cinta perempuan - nurturing,compassionate dan passionate.tapi,kita tidak boleh harapla benda yang sama dari makhluk Marikh ni.sebab diorang ni sangatla beza.perempuan makhluk verbal.lelaki makhluk visual..dan lelaki makhluk yang ringkas.(er..dalam kepala otak aku terbayang sel ringkas je..)







3)menurut Encik Steven dalam buku beliau,kalau lelaki mencintai seseorang dia akan buat 3 benda:
a) profess- mengakui.maksudnya dia x akan sorok anda.dia bangga mengatakan anda ni milik dia.kalau dia mengintroduce anda sebagai - kawan aku..instead of she my girl..ermmm memang betulla la tu.anda memang xda tempat kat hati dia..baik blah..

b) protect - melindungi .seboloeh bolehnya dia nak hantar anda balik sebab dia risaukan keselamatan anda.dia risau bila anda sakit,belikan ubat.kalau boleh semua dia nak buat untuk anda sebab nak lindungi anda.agaknya kalau boleh dahlama dia jadi superman untuk anda.tapi apakan daya..nak jadi cicakman pun x mampu.apa yg penting,dia sedaya upaya melindungi anda dari bahaya...ooooh so sweett ^_^

c) provide - ni kepada stage bila dia dah kawin dgn anda,dia akan sediakan tempat tinggal,duit, keperluan basic kepada anda.dia x kikis anda...kalau dia x mampu sediakan yg terbaik,dia tetap bertungkus lumus sediakan untuk anda.dia malu nak minta tolong anda.kalau ketiga2 ni ada,memang sah he's in love with you lady !!!

4.apa yg kita harap daripada lelaki?hmm macam2...nak dia selalu sms,nak dia spend msa dgn kita,call kita,belikan hadiah..bla bla bla..tapi apa yg encik men nak daripada kita sebagai tanda kitapun love dia?
a)support = sokongan kita.waktu dia dalam kesusahan,kita x tinggalkan dia.waktu dia kena bunag kerja,waktu dia ada skandal,kita tetap disamping dia.ermm berapa kerat je yg sanggup..betul?

b) loyalty= kita tetap setia biarpun dia pernah mendua,mentiga,mengempatkan kita.kalau kita ttp setia, dia paling syg kita. hmm patutla org kawin byk tu syg bini first dia ek..
c) cookies - er...aku ingatkan biskut ke,pandai masak ke.rupanya seks .err ni mungkin sesuai untuk budaya baratla.xpun dah kawin sesuai la.sebab lelaki ni makhluk yg show love dengan sentuhan fizikal.errr....tapi baik2 la dgn lelaki buaya aa....






5.ada 5 perkara yang perempuan patut tanya sebelum berkomitmen dengan lelaki:

a)tanya apa short term goal dia - ni masa tgh dating2 ni..baru nak kenal 2 hati budi,anda bolehla tanya dia pasal kerja,apa yg dia nak capai dalam kerjaya dia.apa2la..mungkin pasal kenderaan ke..

b) long term goal - anda tanya dia pasal apa yg dia nak buat dlm masa 10 thn akan datang .mungkin sambung belajar ke, usaha nak naik pangkat ke..buka kompeni ke...

c)apa pandangan dia pasal hidup bekeluarga- aku rasa yg ni sesuai tanya bila dah sepuluh kali dating ke ,5 kali dating ke...x sesuai pulak kalau baru first date dah tnya.. gelojoh..iskkk..

d) apa pandangan dia pada anda - anda tya la apa pandangan dia pasal anda.kalau dia jawab awak baik,cantik ,ayu ok.kalau dia jawab anda sexy,mengancam,memang blahla....

e)apa dia rasa pasal anda - ni rasa,tadi pandangan.adakah dia suka ke,sayang ke,xda ras ke..ni kritikal...dia mungkin memerlukan masa yang lama nak fikirkan,so jangan paksa dia jawab terus..kalau xnak jawapan yg menyedihkan dan x memuaskan hati..bagila masa sebulan ke..oke?

hp:so far,buku ni membantu kita kenal makhluk lelaki.diorang bukannya x diskus pasal cinta tapi ni la cara mereka show their love.hmm menarik..buku tu x silap aku rm 65++. okeyla nanti i beli..hihihhih..nanti aku postkan cara nak tahu lelaki berminat dengan kita atau nak main2 je.ciaw..