Tuesday, January 10, 2012

selangkah ke alam misteri...

Tajuk serius.hehehe...terfikir nk buat entry pasal pisang raja udang .actually ni semua start sebab ada sorang akak memulakan topik pisang.xtawla camana boleh timbul topik ni,tup- tup tersebut cerita pasal pisang raja udang,pisang yang orang jarang jumpa zaman sekarang.warna kemerah -merahan.tetiba i dengan excitednye berkata "eh,keturunan saya x boleh makan pisang ni".

A,ah ek..baru i teringat.Mengikut kata papa,keturunan belah papa x bleh makan pisang raja udang dgn kerbau balar.Kirenye kami adik beradik baru keturunan ke 6.ada 1 keturunan lagi..adoi...baru rasa teringin nak makan pisang ni,tetiba x boleh.apelah orang dulu2 ni,buat sumpah benda makanan.Huhuhu.tapi boleh percayake?Sebagai anak yang taat, i kiut eh ikut je.Kang makan karang tergame over x ke haru. ikut cerita,kalau makan pisang merah ni, nyawa x panjang dan kalau makan kerbau balar,boleh muntah2 darah,terus sekian terima kasih.

So,balik ke rumah dengan susah - payahnya mengoggle pasal pantang larang ni.Lor...rupe2nye kat forum Cari pun ada tajuk ni..rupe2 nye ramai yg seketurunan dengan i ni.xboleh makan benda sama.Cari punya cari,rupanya pantang ni pantang orang keturunan Rawa.'Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini' -petikan http://fazlisyam.com/2010/02/26/pisang-raja-udang/.



Pasal legwnda pisang sila pergi ke http://wannura.wordpress.com/2010/06/19/pisang-pisang-raja-udang-dan-lagendanya/
Pasal kerbau balar @ kerbau albino pun ada.http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-242190-page-5.html..Tapi  nak kata ai ni keturunan rawa,cakap rawa pun xreti...huhuhu.Lagipun Orang Rawa ada adat jejak tanah rasanya.Tapi masa kecik2 dulu xde pun kitorang adat ni,cuma x boleh makan pisang raja udang dengan kerbau balar..wallahualam..Nak percaya lebih kang syirik pulak,langgar pantang kang,tamat.hihihihi...

Bile difikir2,teringin nak makan pisang kaler merah ni,cuma kerbau balar tu xnak la.Haishh.Orang kata dagingnya keras..X sangka ada pantang larang mcmni ek...isk..boleh percaya ke X ni?TAPI,yang paling besar pantang I,pantang tengok Aaron Aziz,mesti xjadi keje,asyik nk tengok tv je.hehee..

No comments:

Post a Comment