Wednesday, October 31, 2012

Maafkan saya puan...

Komik kat atas ni ai buat sebab nak menzahirkan betapa siputnya perkhidmatan sesetengah klinik kesihatan ibu mengandung skang ni... ekceli hari ni,ai amatla stress.Tak munasarawak langsung tunggu sampai 3 jam kat klinik untuk menge 'check' perut di petang hari..rupenye misi lupe panggil nama ai!!Saat ni barula nyesal,apesal la ai x jadi doc ke,misi ke,buleh ai check perut ai sendiri (er..boleh ke?)

Ni merupakan step2 yang perlu dirintangi dengan kesabaran oleh mommies jika menge'check' perut di KK:

1: Daftar n ambik nombor giliran
2: Tunggu (terpulangla berapa ramai)
3. Timbang jisim (ececeh..) dgn ambik tekanan darah
4. Pegi ambik ujian darah di bilik khas (xyah baca buku ambik ujian ni)
5. Tunggu kat depan bilik ujian darah
6. Bawak sampel darah ke makmal
7. Tunggu (lagi) keputusan darah n g wat urine test (ni pun xyah baca buku..kena g toilet je)
8. Bagi sampel kat makmal dan tunggu
9. G bawak kedua2 keputusan ke bakul bilik pemeriksaan
10.Letak buku merah (jangan lupa bawa...) dalam bakul dulu
11. Tunggu sampai doktor/ misi check
12. Consultation or Check up oleh misi or doc..
13. Kalau check up doc kena anta buku merah kat kaunter daftar tadi sebab nak buat appointment baru
14. Balik

14 step okey,3 kali tunggu...dinasihatkan bawak le smartphone ke,buku ke,makanan ke...walaupun lambat,tapi ai suke check kat sini sebab detail je dia check.Doc pun baik2..dan FREE!!! Kalau u all nak servis cepat,g swasta la babe..u all kan ber'uang'..:)Ok selamat mengecheck perut mommies

Tuesday, October 30, 2012

Venusian Confession :)

Hehe gile berkomik pulak....:)

Pengajaran untuk Doc..

p:S: komik yang disiapkan mlm tadi..Pengalaman separa benar..ekceli ai x kick pon doc klinik mediviron yang byk songeh tu..ingat ai ni sengaja xnk dtg keje ke...dia bg jugak mc n ubat setelah ai nak muntah depan dia..tobat...konform x hengen g klinik mediviron Damansara Damai lagi.bad service..agak2la...ai dgn bawak perut ni xkanlank menipu pulak..cissss.

Sunday, October 21, 2012

Pantang larang untuk mommies preggy :)

Hoye....newly arrived home (takdela newly sangat :P) from lepaking with my pals..:)manelagi. Giant KD Noodle Station la jawabnye. Lama x lepak,macam2 citer la keluar. Tetiba si Puan Sufi bercerita pasal pantang larang untuk si mommy yang pregnant...antaranya,


List of Abstinence...
1) Tak boleh menjahit,nanti susah nak bersalin...
2) Sebelum dalam perjalanan ke hospital@deliver baby,make sure semua drawer kat rumah terbuka.I tanya si Sufi,kalau peti sejuk kena buka x?dia kate x payah pulak....hehehee..drawer sahaje :D
3) Si DH( Dear Husband) tak boleh g mancing...or mendera binatang,nanti kenan kat anak
4) Jangan duduk depan muka pintu,nanti anak susah nak keluar
5) Jangan siang atau potong ayam or ketam,ikan
6 Jangan lilit tuala kt leher,nanti tali pusat baby terbelit
7) Jangan mandi malam nanti kembar darah bile bersalin( pantang ni mama i yg bgth..kembar darah tu susah beranak kot)
8) Jangan selalu tidur siang nanti baby besar.....hmm logik jugak,sebab xde tenaga nak deliver bukan sebab baby besar

Ooooo camtu ke..i think  DH n  myself can refrain ourselves from doing these things..hehehe agak2 nye omputih ade pantang ape2 tak?


Wednesday, October 10, 2012

Gambar Baby yang Awesome :)



Since pregnant ni,ai suka sangat dengan pic pic baby yang kiut - miut. So,banyakla wallpapers babies yg awesome dan unik dari photographer bernama Anne Geddes ni. Xtawla ramai kenal ke tak Anne Geddes kat Malaysia ni.Ai tau pon sebab terkesima dengan pic-pic beliau yg amazing dan comel.

Si Anne ni jadi photographer sejak umur 25,dan dari dulu lagi minat dengan baby. Beliau seorang Australian,merupakan seorang pereka pakaian  dan businesswoman dan menetap di New Zealand. Punyala minat dengan baby,sampai beliau sanggup merantau keluar dari NZ semata- mata nak capture pic baby yang unik dari etnik- etnik berbeza.Ramai jugak parents yang hantar pic-pic anak mereka kat beliau ni.FYI,beliau x pernah audition dulu baby yang beliau nak ambil gambarnya.

 Hmm...nak tengok tak macamana beliau hasilkan pic comel kat atas ni?So,layankan vid kat bawak ni..



p/s:Comel gila kot baby-baby ni.siap snoring lagi.hehehe..Er tapi sanggup ker u all nak biar anak u all tergantung macamni.....:)


Lagi hasil-hasil si Anne Geddes yang awesome :)




Credit to remarkable lady:http://www.annegeddes.com/

Wednesday, October 3, 2012

Book Review- Body Languange Handbook





Dah lama x baca buku. tapi baru baru ni ai beli this book.So far okla,buku ni bawa kita discover various type of body languange around the globe.  Terdapat beberapa perkara yang baru tahu lepas baca buku ni :):


Dua-dua x selesa mungkin sebab sorang x mandi lagi,sorang x gosok gigi :D









1.Bila si Martian berada dalam tekanan atau x selesa,selalunya tangan beliau akan cover their genitals (u know what i mean), tapi kalau Venusian pulak, kita akan silangkan tangan kita dekat abdomen.Hm..ada betul jugak si Gregory Hartley & Maryann Karinch ni :)


2.
Bellamy Salute

Bila kita tengok gambar ni,mesti kita ingat kat Adolf Hitler pemimpin Nazi kan?Ni nama dia Bellamy Salute.Kalau korang fikir ini adalah ciptaan Nazi,silap besar ye. Sebenarnya, hormat cara ini sudah biasa digunakan di US sebelum Perang Dunia Ke 2 sebagai satu cara hormat kepada bendera US oleh rakyatnya.
Ianya diperkenalkan di US sebagai sebahagian daripada Sambutan Hari Columbus pada 12 Oktober 1892.



3.  Kepada Venusian di luar sana,jangan buat sumbol macam ni bila berada di Ghana,sebab ni salah satu 'sexual message'  di sana.Kang x pasal2 je..hehehe


4. Di Albania.rakyatnya mengangguk untuk cakap TAK,di India,pulak,diorang goyangkan kepala dari kiri ke kanan


5. Mungkin kita rasa simbol kat atas ni sebagai lawak,tapi jangan buat begini ye kalau di Portugal. Ni maksudnya Lelaki Dayus kat sana. :P





simbol 1
Simbol 2
  


5. 2 ,2 simbol kat atas ni sama,tapi pengertian berbeza. Kat Itali,simbol ni maksudnya lelaki dayus,tapi kalau kat Texas,simbol ni biasa dikenali sebagai Hook 'em Horns.


PS:Action Speaks Louder Than Words :)




Monday, October 1, 2012

Fakta yang ' Meletupkan Minda'

Ni general knowledge yang kadang- kadang kita pun x tahu :)


1.Ikan dolfin tidur dengan sebelah mata terbuka

2. Ular xde external ears. Oleh itu,ular xdengar pun muzik yang dimainkan oleh pemuja ular,mungkin dia respon dengan pergerakan orang tu
3. Burung tidak berpeluh
4.Burung kelicap adalah burung terkecil di dunia.
5 Benda hidup yang tertua di dunia ialah semak samun yang terletak di Padang Pasir Mojave iaitu 'Creosote
   Bushes'

6. Gajah boleh menghidu air sejauh 3 batu jaraknya

7. Burung Kakak Tua dan Arnab ialah haiwan yang boleh tengok belakang badan tanpa perlu memusingkan
    kepalanya

8. Jantung Paus biru adalah sebesar kereta, dan lidahnya sepanjang seekor gajah

9. Antartika adalah benua paling kering di dunia.


10. Manusia xkan dapat membunuh dirinya hanya dengan menahan nafas..Cuba Try?