Thursday, January 26, 2012

Keanehan 29 Februari :)

Tahun ni jumlah hari dalam setahun menjadi 366 hari.Sebab tahun ni Tahun Lompat!! Tahun Lompat diperkenalkan lebih 2000 tahun dahulu  dengan peralihan kalendar Roman ke kalendar Julian .Tahun ni jugak bulan Februari jadi 29 hari,yang biasanya berakhir 28 Februari. Ah skema pulak ayat.


Okey..back to normal...walaupun Bulan Februari tak masuk pun lagi,tapi saya nak post pasal keanehan 29 Februari,yang hanya muncul 4 tahun sekali..Benda yang ai selalu tertanya- tanya ialah camana ek orang yang lahir pada 29 Februari sambut besday?Bayangkan la ek...sambut birthday 4 tahun sekali,pastu terus umur bertambah 4 tahun...Oh!!!!Okey,jangan pening - pening..ni cara kira besday kita,termasuklah untuk mereka yang lahir pada 29 Februari ni...Cekidaut!!


Campurkan 365 dan 1/4 hari pada jam anda dilahirkan.Contohnya, korang lahir 29 Februari tahun 1972 pada pukul 10 malam,so ,besday korang pada tahun berikutnya adalah pada 1Mac 1973 pada jam 4 pagi. So,x yah tido....g buat slumber party kat dalam bilik!!


Okey,tadi kita kira besday,sekarang pasal benda lain pulak. Dipercayai oleh masyarakat Barat,pada 29 Februari  golongan perempuan dibenarkan melamar boyfriendnya!!meh sini ai nak story mory sikit!!


Alkisah menurut lagenda orang Irish, St Bridget dah buat perjanjian dengan St Patrick (saya tak kenal mereka,jangan tanya) bahawa kaum perempuan dibenarkan untuk melamar lelaki pada 29 Februari setiap 4 tahun. Jika lelaki menolak lamaran tersebut, lelaki boleh dikenakan hukuman memakai gaun atau penalti duit.(Ape..pakai gaun?hahahahaahah!!).Sesetengah negara Eropah pulak menyatakan lelaki yang tolak lamaran perempuan pada hari ni dihukum memberikan perempuan itu 12 helai sarung tangan,so perempuan tu akan pakai  la kat tangan dia ,sebab nak hilangkan rasa malu yang kat tangan dia xda cincin pertunangan.


contoh poskad jawapan lamaran jejaka kepada gfnya :D


Satu lagi kepercayaan pasal tarikh ini,orang Scottish percaya yang sesiapa yang lahir pada tarikh ni bawak malang,macam Friday 13th.
Sumber (:http://www.timeanddate.com/date/leap-day-february-29.html)


Begitula uniknya tarikh ni..Bab bab melamar ni paling best. Ala...kalau dah suka,xkiralah perigi cari timba ke,xkan nak tunggu 4 tahun wei..lamatu...alang-alang menyeluk pekasam,biarlah buat ikan pekasam terus....xgitu?ah merepek plak i  ni...

No comments:

Post a Comment