Wednesday, January 11, 2012

Sesalan Seorang Adam.


Entri khusus untuk si Adam. Pernah x korang memiliki seseorang,kau sayang sangat padanya. Kau yakin si dia pun sayang pada kau,sesetia kau kat dia,walaupun kadang kadang kau nakal sikit. Yelah,apelah erti seorang lelaki tanpa flirt...


Tapi entri ni bukan pasal kesalahan kau flirt, tak,flirt x salah,asalkan kau x curang. Entri ni pasal si dia yang menanti dan menanti kau,sampai lah kau kata " I am ready to marry you.." Ada si dia yang terus berani bertanya,bila kita nak kahwin? ada yang kias-kias, i tunggu u..


Ya,kami kebanyakan perempuan faham, (walaupun ramai x faham),kahwin sekarang banyak benda nak kena fikir, kewangan si lelaki kena sangat sangat kukuh.Membina keluarga lebih daripada membina syarikat. Complicated. Sebab tu ramai lelaki x suka cakap pasal kahwin,xnak decide bila dia kahwin,bila dia ready baru dia propose partnernya, dan dia harapkan partnernya faham. Bila si dia tanya pasal future,kau mengelak, tak ready lagi,ala tunggulah,x fikir pun,ni la ayat yang kau selalu guna..Paling teruk kau cakap,kalau awak xnak tunggu saya lagi,awak carila orang yang lebih baik daripada saya..Saya lepaskan awak pergi jika awak jumpa lelaki lagi baik daripada saya.


X lama lepas tu,kau teruskan hidup macam biasa, kau harap dia dah x tanya.tup tup kau dapat tahu dia jumpa orang lain,dia nak kahwin dengan orang tu,kau frust menonggeng..kalau x frust pun kau kecewa (tipulah x kecewa,kalau kau x kecewa bermakna kau langsung x mencintai dia),kau cakap dia xsabar nak kahwin,x percaya kau. Hakikat sebenar,dia TERLALU TERLUKA dengan kata - kata kau,sebab perempuan memang percaya  dan terpesona dengan apa yang dia dengar,lelaki tertarik dengan apa yang dia lihat.


SILAP BESAR. Salah ayat - ayat diatas atau seumpamanya. F.Y.I, Kami perempuan bukanlah terkejar kejar status puan,apa yang kami nak kepastian dalam hubungan,apa yang kau perlu jawab ialah




" Saya betul -betul x ready lagi nak kahwin,tapi awak  percayalah pada saya,pada hubungan ni "Sila lihat perkataan percaya di boldkan.


Ingat, mungkin kau dah terlambat nak undur balik. Tapi jadikan ini satu pengajaran,sama ada kau menyesal atau tak,terpulang.Aku hanya menjelaskan hasrat hati kaum hawa.Ingatlah,hanya dengan perbezaan ayat yang dilontarkan dari mulut kau,kesan yang besar terjadi. Perempuan perlukan kepastian dalam hubungan,xkisahla bila kau nak kahwin dengan dia. Ingat,jagalah kata- kata yang kau tuturkan....Selamat mencari tulang rusuk anda yang hilang :)

2 comments: