Baru balik kenduri tunang kak Nita,mandi pastu tgkla cite antu kat astro..hahaha kekadang aku rase nak tergelak tengok cite antu ni dah hilang seram…aku ni kire rajin jugak la tgk cite antu ni.setelah khatam tengok cite antu di Malaysia,di sini aku senaraikan beberapa rumusan yang dibuat berdasarkan cite- cite antu yang aku tgk ..jeng jeng jeng….
- Hantu selalunya perempuan,berambut panjang berbaju putih…x aci btul…cubela buat lelaki.
- Hantu selalunya kalau x seniwati Mariani mesti Seniwati Ruminah Sidek..
- Hantu selalunya saka..x pon pontianak…
- Nama watak2 dalam cite antu misti agak klasik seperti Semah,Limah,Mariam,Ayu…
- Misti ada sound sound efek serigala ke,anjing ke dan yang seangkatan dengannya..
- Banyak malam daripada siang
- . Selalunya rumah yang terlibat dalam cite antu agak suram dan x pasang lampu.
- . Akan ade kemenyan,darah,pulut kuning..bomoh…ibu bersalin,mandi bunga kekadang ade gak…
- . Cite antu jugak selalunya akan mempopularkan baju kebaya..
- . . Selalunya watak hantu akan ada 2 kategori,sama ada riang iaitu selalu gelak ataupun sedih iaitu melalak
- . . Selalunya antu adelah orang yang teraniaya seperti mangsa bunuh ataupun melindungi orang teraniaya isk isk baik jugak..
- . Pompuan muda berwatak hantu juga selalunya cantik seperi Maya Karin, Erra,Natasha Hudson
- . . Selalunya cite antu berasal dari zaman dahulu kala dan bersambungan sampai anak cucu
- . Akan ada ustaz yang menjadi seorang penyelamat kepada hero dalam cerita terbabit
- . Selalunya antu pompuan pandai menyanyi :P
- . Selalunya ada pokok besar yang berakar2..dan rendang tak berbuah dan spooky…huhu
- . Hantu mesti makan darah,telur dan pulut kuning dan ada asap2 ais kering..:P
- . Hantu mesti pakai contact lense
No comments:
Post a Comment