Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Book Review- Body Languange Handbook





Dah lama x baca buku. tapi baru baru ni ai beli this book.So far okla,buku ni bawa kita discover various type of body languange around the globe.  Terdapat beberapa perkara yang baru tahu lepas baca buku ni :):


Dua-dua x selesa mungkin sebab sorang x mandi lagi,sorang x gosok gigi :D









1.Bila si Martian berada dalam tekanan atau x selesa,selalunya tangan beliau akan cover their genitals (u know what i mean), tapi kalau Venusian pulak, kita akan silangkan tangan kita dekat abdomen.Hm..ada betul jugak si Gregory Hartley & Maryann Karinch ni :)


2.
Bellamy Salute

Bila kita tengok gambar ni,mesti kita ingat kat Adolf Hitler pemimpin Nazi kan?Ni nama dia Bellamy Salute.Kalau korang fikir ini adalah ciptaan Nazi,silap besar ye. Sebenarnya, hormat cara ini sudah biasa digunakan di US sebelum Perang Dunia Ke 2 sebagai satu cara hormat kepada bendera US oleh rakyatnya.
Ianya diperkenalkan di US sebagai sebahagian daripada Sambutan Hari Columbus pada 12 Oktober 1892.



3.  Kepada Venusian di luar sana,jangan buat sumbol macam ni bila berada di Ghana,sebab ni salah satu 'sexual message'  di sana.Kang x pasal2 je..hehehe


4. Di Albania.rakyatnya mengangguk untuk cakap TAK,di India,pulak,diorang goyangkan kepala dari kiri ke kanan


5. Mungkin kita rasa simbol kat atas ni sebagai lawak,tapi jangan buat begini ye kalau di Portugal. Ni maksudnya Lelaki Dayus kat sana. :P





simbol 1
Simbol 2
  


5. 2 ,2 simbol kat atas ni sama,tapi pengertian berbeza. Kat Itali,simbol ni maksudnya lelaki dayus,tapi kalau kat Texas,simbol ni biasa dikenali sebagai Hook 'em Horns.


PS:Action Speaks Louder Than Words :)




Wednesday, January 18, 2012

Ombak Ghindu..

Ramai sangat orang komen pasal filem ni.Rata- rata memuji.Saya x reti nak komen mengikut bahasa orang filem,sebab saye orang biasa- biasa yang pergi menonton sebab dah baca novel. Sebelum tu,tahniah..kalau x disebabkan Aaron Aziz,Maya Karin, dan Lisa Surihani,confirm cerita ni biasa2 je.. Jangan marah aa...untuk filem ni,saya bagi 2 bintang je...jangan tanya kenapa .tapi nila sebab- sebabnya..


a) Mak Hariz baca buku terbalik, masa dekat sofa tu..xtawla kot2 mungkin buku itu di design sedemikian rupa?


b) Hubby kaya,tapi bagi bini pakai viva je... (saya bukan perlekeh viva.. harap maaf)


c) Perut Izzah herot mase berdakapan dengan hubby dia atas bot.. :D aiiya


d) Nampak macam mikrofon je yang keluar dari belakang baju Izzah masa tengah borak dengan Mila masa nak ending tu?xtawla kalau saya salah..


e)Sakit mata tengok cara Izzah pakai tudung..aduila...kesian Izzah...xsemestinya perempuan kampung xreti pakai tudung...salah tu..kan lebih cantik kalau dibaiki..


f) Sakit telinga dengan suara reporter yang melaporkan pasal Mila balik Malaysia" mila,mila" kenapala suara dia gedik..


Ramai yang menitiskan air mata kot masa tengok cerita ni.Saya dengan Angah je tak..kitorang boleh gelak lagi.. Okey,saya mengaku saya jatuh cinta dengan Aaron lepas tengok filem ni.What to do...can't resist hot guy ;) Saya juga menonton filem ni sebab suka dengan Lisa "Gheda itu Ikhlas,Pasghah itu menyeghah" ..so damn cute!!


gambar xde kaitan dengan review Ombak Rindu..Hanya pasal MAYA KARIM yang tukar jadi hantu

Tuesday, November 15, 2011

hadiah paling bermakna..:)

Dah lama x post.laptop rosak lagi.ahhh!!!geram!!.orang sengheng cakap kalau laptop ai rosak above rm 500,sengheng ganti laptop baru.masalahnya,baiki banyak kali pun tetap below 500.pandai sungguh pakcik itu.aci ketuk kepala pun mana ada orang nak bagi free je barang yg dah rosak.ibarat kata beli buah mangga kat kedai.pastu rosak.pastu balik semula ke kedai terbabit tokey tu bagi buah stoberi.memang x laaa,kan.
okey stop merapu.

recently was my birthday,dan ini adalah besday paling best-ever...luckily semua kawan wish,including my besties, lyn halim ngan effa.thanks korang.encik tunang plak suprisekan ai dengan buku yang sangat2 bermanfaat dan menarik.hehe taw pun ai suke membaca :D.
nila bukunya.:)

tersentuh betul dengan isi buku ni. bagus sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

esoknya plak,12 November,tak tahula Shah Alam tu kecik ke apa,macam novel plak,terserempak dengan my ex..actually nothing happen pun.terserempak je.biasala,jawapan standard artis- no comment..xda drama,xda lagu ' LAMUNAN TERHENTI'.hanya lalu -lalu ayam sahaja.buat2 macam xnampak.
xkan i nak komen benda - benda sensitif pastu minta maaf kat public.lebih kurang macam nila 'sorry i ketuk kepala u all semua,i xsengaja'...


sori,merapu lagi.
okey.i suggestkan sesapa yang nak mendirikan rumah tangga baca buku ni key.lepas ni bulih jadi calon isteri mitthali.:)



Sunday, April 3, 2011

LAT KAMPUNG BOY REVIEW.

Semalam singgah kat ISTANA BUDAYA tengok   menonton teater LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL..emm menarik...tayangan start 8.30.. sampai 11.30..adala rehat 15 minit.  so far ni first time aku layan teater..syok jugak...tapi aku rasa 'ke bestan' teater ni bergantung kepada jalan ceritanya...pelakonnya...muziknya..tayangan LAT ni sampai 5 APRIL..yang lain semua sold out..yang 5 April je tinggal. okey.kalau aku cakap byk2 kang korang bosan..jadi aku nak ulas la sikit pengajaran yang aku dapat dari teater LAT ni. Aku bukanla pengkritik profesional..aku ni amatur je..so ni la yang aku digest dari kaca mata seorang amatur:)



1) DO WHAT YOU LOVE..LOVE WHAT YOU DO (DWYL,LWYD) - ni kata2 cikgu Lat yang bersanggul tinggi..Mrs Hew....hehe Mrs Hew ni menggalakkan anak2 muridnya menceburkan diri dalam bidang yang diminati..beliaulah penggalak Lat supaya Lat terus berkarya...betultu..kita mesti cuba capai benda yang kita minat..jika kita xdapat capai apa yang kita minat...cuba cinta kepada apa yang kita lakukan..contoh paling tepat:KERJA :)



2)JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT - Lat ada kawan baik sewaktu di berpindah ke Ipoh..namanya Frankie..Frankie ni town boy, anak orang kaya..cita - cita nak jadi penerbit muzik..walaupun ibu bapanya nak hantar dia ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang accountancy. Lat terserempak dengan Frankie sewaktu di London.Masa tu Si Frankie dah jadi penerbit muzik yang famous. dia xnak balik Ipoh sebab happy dengan kemahsyuran dia..Lat menasihati la kawan dia..x lama kemudian si Frankie ni pun balik Malaysia sebab hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri. yang best kampung kita jugak:)

3) JANGAN TAKUT MENYONGSANG ARUS -
aku kagum dengan Lat...1.Dia berani hantar naskhah komiknya '3 SEKAWAN' ke penerbitan masa dia dia umur 13..dapat royalti pertama RM 25..masa tu komik dia berharga 35 sen :)..2.dia berani masuk kelas piano yang mana,budak2 kecik je main piano dia sorang je lelaki dewasa..dan kat situ la dia jumpa isterinya Faezah. 3.dia berani menyatakan ideanya kepada bosnya Pak Samad untuk membuat komik berdasarkan kehidupan di kampungnya pada masa lalu..ohh so touching :)..pendek kata..kita kena berani mencuba..:P


4) TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG PULA TEMPAT BERMANJA - Lat sangat menyayangi kampungnya..sebab tu dia xnak pindah..daripada teater ni aku tengok Lat sewaktu kecilnya mempunyai ramai kawan2..dia xpernah lupakan kawannya..dia x pernah lupa asal usulnya..macam kitala...sejauh mana kita mengembara..janganla lupa asal usul.

5) BULAN DAN MATAHARI sama menyinari BUMI - ni nasihat ayah Lat pada dia..nipun dalam fikiran Lat je..masa tu Lat ada krisis rumah tangga kerana terlalu sibuk sampai Faezah kecil hati..Lat kemudian terkenang arwah ayahnya ..bagaimana arwah dapat membahagiakan ibunya..hehehe. Kata ayahnya,BULAN sentiasa bersinar 24 jam..tetapi pada waktu siang..terangnya cahaya MATAHARI,menyebabkan sang bulan xnampak sinarannya pada waktu siang....samalah seperti suami (matahari) yang sibuk bekerja untuk keluarga..tapi perlu membahagiakan keluarga dan isterinya (bulan) dengan meluangkan masa bersama mereka..matahari x pernah overshadow bulan ketika malam tiba dan begitulah sebaliknya.masing- masing mesti saling memahami :)

h/p: aku suka teater ni...menarik..aku bg 3 setengah bintang la..:)tapi masa akan datang ..kalau ada teater Merong Mahawangsa aku nak tengok..tapi pastikan abang STEPHEN RAHMAN la jadi heronya.. :P