Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

puasa oh puasa

Lamanya x update...xda internet la katakan.Mr. hubby taknak masuk internet..katenya ai akan asyik berfesbuk.ok,fine.U.U

Sepanjang bulan puasa ni,takda satu hari pun ai masak untuk hubby..dia yang masak adelah..Sebabnya...MABUK....rezeki awal kan?Alhamdulillah..:) kemabukkan ni,menyebabkan i terfikir,besarnya jasa mama yang melahirkan ai dulu.Seksa wooooo....loya yang teramat especially pagi dengan malam..Berbuka x boleh makan nasik.makan nasik je jadi kembung la perut..So kerjanya,hidu limau jela..Bau perfume pon x bulih....

Oh mama...besar sungguh jasamu....terima kasih kerana melahirkan aku..




Wednesday, June 6, 2012

Penghujung cintaku :)

Alhamdulillah..genap setahun menyulam cinta..dengan sekali lafaz,aku sah menjadi pasangan hidupnya..hampir 2 minggu melayari bahtera rumahtangga.Manisnya x terhingga...:) tanak pos banyak2..tq hubby for your love :)


Saturday, March 17, 2012

saya nak kahwin dah.:).

Origami dress.ingat nak buat tuxedo..tapi tangan sakit da...

gift sabun
Cuti sekolah dah nak habis.Sepanjang cuti sekolah,saya sangat bizi  menyetelkan borang kahwin,goodie bag dan sebagainya..semuanya d.i.y..except baju nikah dan baju kawin la..gilo la kalau d.i.y...Okey lenguh tangan nak taip banyak2..layankan mata anda dengan hasil tangan saya yang xseberapa :D Terima kasih youtube..byk info2berguna boleh didapati di sana...tapi korang kena type in english la...tula orang kata dunia tanpa sempadan..selamat mencari :) p.s:sila rujuk di sini

Thursday, January 26, 2012

Keanehan 29 Februari :)

Tahun ni jumlah hari dalam setahun menjadi 366 hari.Sebab tahun ni Tahun Lompat!! Tahun Lompat diperkenalkan lebih 2000 tahun dahulu  dengan peralihan kalendar Roman ke kalendar Julian .Tahun ni jugak bulan Februari jadi 29 hari,yang biasanya berakhir 28 Februari. Ah skema pulak ayat.


Okey..back to normal...walaupun Bulan Februari tak masuk pun lagi,tapi saya nak post pasal keanehan 29 Februari,yang hanya muncul 4 tahun sekali..Benda yang ai selalu tertanya- tanya ialah camana ek orang yang lahir pada 29 Februari sambut besday?Bayangkan la ek...sambut birthday 4 tahun sekali,pastu terus umur bertambah 4 tahun...Oh!!!!Okey,jangan pening - pening..ni cara kira besday kita,termasuklah untuk mereka yang lahir pada 29 Februari ni...Cekidaut!!


Campurkan 365 dan 1/4 hari pada jam anda dilahirkan.Contohnya, korang lahir 29 Februari tahun 1972 pada pukul 10 malam,so ,besday korang pada tahun berikutnya adalah pada 1Mac 1973 pada jam 4 pagi. So,x yah tido....g buat slumber party kat dalam bilik!!


Okey,tadi kita kira besday,sekarang pasal benda lain pulak. Dipercayai oleh masyarakat Barat,pada 29 Februari  golongan perempuan dibenarkan melamar boyfriendnya!!meh sini ai nak story mory sikit!!


Alkisah menurut lagenda orang Irish, St Bridget dah buat perjanjian dengan St Patrick (saya tak kenal mereka,jangan tanya) bahawa kaum perempuan dibenarkan untuk melamar lelaki pada 29 Februari setiap 4 tahun. Jika lelaki menolak lamaran tersebut, lelaki boleh dikenakan hukuman memakai gaun atau penalti duit.(Ape..pakai gaun?hahahahaahah!!).Sesetengah negara Eropah pulak menyatakan lelaki yang tolak lamaran perempuan pada hari ni dihukum memberikan perempuan itu 12 helai sarung tangan,so perempuan tu akan pakai  la kat tangan dia ,sebab nak hilangkan rasa malu yang kat tangan dia xda cincin pertunangan.


contoh poskad jawapan lamaran jejaka kepada gfnya :D


Satu lagi kepercayaan pasal tarikh ini,orang Scottish percaya yang sesiapa yang lahir pada tarikh ni bawak malang,macam Friday 13th.
Sumber (:http://www.timeanddate.com/date/leap-day-february-29.html)


Begitula uniknya tarikh ni..Bab bab melamar ni paling best. Ala...kalau dah suka,xkiralah perigi cari timba ke,xkan nak tunggu 4 tahun wei..lamatu...alang-alang menyeluk pekasam,biarlah buat ikan pekasam terus....xgitu?ah merepek plak i  ni...

Tuesday, January 17, 2012

for u lonely hawa :)

Entri untuk si lonely hawa,sapa pernah bangun tido,tiba tiba sedih tak tentu pasal?atau....tengah bawak kete..tetibe je nangis tanpa sebab?uuuuu...saya penah....tetiba dalam keta.angin tak ribut tak,meleleh air mata.tapi tak tahu sedih sebab apa..ingatkan ai ni dah sewel or kena masuk Tampoi ke.
Rupenya tak ye..memang naluri wanita.Macam sesi Q n A antara si polan dengan Ustaz Azhar .
Soalannya,






Ustaz,
Kenapa ya hati perempuan ni
kadang² tiba² je rasa sedih tanpa
sebab. Ada orang kata syaitan
yang ganggu! Ada petua tak
... ... untuk elakkan hati kita ni sedih?
Kadang² bila bangun pagi rasa
sedih, kadang² rasa macam rindu.
Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
"PERKARA BIASA. HATI
PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI
YANG MAMPU MENJADI
PENAWAR...
(taken from http://www.facebook.com/profile.php?id=1829172486&ref=tn_tnmn#!/ahmad.zaw78/posts/223656471052433)
So,nampaknye kita lonely..(if u experience this :) so ladies,apa yang patut dibuat ye bila hadapi situasi macamni?
a) Ingatla TUHAN,sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada kesedihan melampau,ditemukan jodoh yang baik
b) Jangan rendah diri,luaskan jaringan sosial,jangan terlibat dengan gejala sosial plak.
c) JANGAN JANGAN JANGAN x pilih si Adam yang datang dalam hidup anda.Kita berhak memilih yang terbaik walaupun umur kita dah 40. Yela..tak kan nak pilih si pisau cukur plak..kerja ngabiskan duit perempuan je.. 
d)JANGAN terlalu desperate sampai semua lelaki kat alam maya di fesbuk kau nak add.Isk.... 
e)Jadi lebih feminin,bergaya(janganla seksi plak),berilmu dan habiskan lebih masa dengan rakan-rakan.Manela tahu si Adam kamu ade dalam kalangan kawan2 jugak :)
Bagi yang telah tersalah pilih tu,x terlewat nak patah balik selagi tidak berkahwin.Jangan takut hidup sendiri takde lelaki.Bukan salah kita memutuskan kalau kita nak terbaik dalam hidup kita. Yang salah bila kita rasa kita memilih yang teruk,hakikatnya dia yang terbaik untuk kita.
dan...x salah jadi selfish, Bukan salah tinggalkan si Adam yang tak tahu menghargai kita.Yang salah adalah kita meninggalkan Adam sebab bosan kerana si dia cukup baik untuk kita.
Dan..adalah SALAH BESAR jika kita tak tinggalkan ADAM yang parasit dalam hidup kita (si pengikis duit,simata keranjang,si panas baran) semata-mata kita ingat tak akan ada lelaki yang nak kat kita.
Memang..jodoh tu rahsia Allah,tapi kita boleh berdoa dan berusaha....ye tak?
wow....entri jiwang lately ni...aura ratu sehari ka?hehehe..finally, i'm hoping he's the one for me...Ameen...sebab masa jumpa encik S ,Rasa berdebar nak terjatuh jantung keluar dari badan. x tahu ngape..Sebab,ade orang cakap,berdebar tanda jodoh ;D
p/s: kalau betul la berdebar tanda jodoh.next next next entry i post..;)

Sunday, December 25, 2011

Wedding Jitters..



Apa itu wedding jitters yek?ni bahasa omputih..BM nye membawa maksud rasa cemas,ragu -ragu sebelum melangkah ke alam perkahwinan... (ececeh). kadang -kadang rasa betul ke aku nak kawin ni?yang melampau pulak cakap kalau aku mati eksiden sebelum kawin camana?

Actuallly aku rasa aku xde rasa sangat,sampai la baru baru ni, bila saya dan encik tunang melihat (ceh,skema) draf kad kawin,dan tertera nama kitorang, terdetik dalam hati 'eh betul ke aku nak kawin ni?' 'betul ke ni nama aku ni?'.NORMAL KE BENDA NI?

Yup ,jawapannya normal.aku ada terbaca artikel omputih yang mengatakan benda ni normal,ianya boleh bermula dari saat anda dan dia berbincang serius pasal kawin,sampai la hari perkahwinan tu.kalau x,takdela jadi macam cite Runaway Bride Julia Robert tu.

Wedding Jitters ni berlaku sebab selamani hidup sorang je,bila dah kawin,dunia kita berbuah..eh berubah secara total.Ada husband yang perlu dijaga, keluarga mertua,ada baby pulak,x boleh keluar,pakai baju ikut suka. Wedding jitters ni x semestinya kita fikir pasal betul ke kita nak kawin dengan si dia taw.sebab kita mesti taw memilih apa yang terbaik untuk kita.

Kadang -kadang ai  fikir,ade ke orang nak datang kenduri ai nanti,adekah semuanya berjalan lancar..er korang yang nak kawin ade fikir cenggitu tak?tapi bila aku dah faham pasal benda ni,barula ai faham,serahkan semua pada Allah,selalu berdoa,dan kena fikir,xde perkara yang sempurna..
For me,sometimes wedding jitters ni disebabkan setan yang bisik,sebab setan x suka perkahwinan,betul tak?

azam tahun baru



tahun baru is coming....:) semestinya azam tahun baru adelah pertanyaan lazim kawan2,selain daripada soalan  bila tarikh kawin?:) so azam saya tahun ini:

 1.Belajar untuk lebih berjimat cermat:Bila ujung bulan ,a day before gaji,mesti dah tinggal ringgit -ringgit je dalam poket.tupun manage save 150 dalam ASB.simpan secara paksaan.bagus jugak.so,from now on, saya berjanji pada diri sendiri:

a) record n track my expenses every day,before this saya hanya buat monthly record je.
b) save RM 10 perweek,so hujung bulan ada atleast RM 40  untuk kegunaan masa sesak (hehehe..)


2. do the best preparation for my kenduri tapi dengan cara yang x membazir..oh my God,ade lagi hantaran x beli,bunga telur lagi..ouch!!!takpe,orang nak kawin murah rezeki ;)

Tuesday, November 15, 2011

hadiah paling bermakna..:)

Dah lama x post.laptop rosak lagi.ahhh!!!geram!!.orang sengheng cakap kalau laptop ai rosak above rm 500,sengheng ganti laptop baru.masalahnya,baiki banyak kali pun tetap below 500.pandai sungguh pakcik itu.aci ketuk kepala pun mana ada orang nak bagi free je barang yg dah rosak.ibarat kata beli buah mangga kat kedai.pastu rosak.pastu balik semula ke kedai terbabit tokey tu bagi buah stoberi.memang x laaa,kan.
okey stop merapu.

recently was my birthday,dan ini adalah besday paling best-ever...luckily semua kawan wish,including my besties, lyn halim ngan effa.thanks korang.encik tunang plak suprisekan ai dengan buku yang sangat2 bermanfaat dan menarik.hehe taw pun ai suke membaca :D.
nila bukunya.:)

tersentuh betul dengan isi buku ni. bagus sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

esoknya plak,12 November,tak tahula Shah Alam tu kecik ke apa,macam novel plak,terserempak dengan my ex..actually nothing happen pun.terserempak je.biasala,jawapan standard artis- no comment..xda drama,xda lagu ' LAMUNAN TERHENTI'.hanya lalu -lalu ayam sahaja.buat2 macam xnampak.
xkan i nak komen benda - benda sensitif pastu minta maaf kat public.lebih kurang macam nila 'sorry i ketuk kepala u all semua,i xsengaja'...


sori,merapu lagi.
okey.i suggestkan sesapa yang nak mendirikan rumah tangga baca buku ni key.lepas ni bulih jadi calon isteri mitthali.:)



Tuesday, September 20, 2011

fully booked

saye dah ditempah!!alamak ..ayat sentap ni.
Mengisahkan ceritera sebelum kami bertunang..hajat di hati nak buat majlis risik.kemudian,saya dan encik tunang membuat keputusan nak bertunang.okey..everything went very well.:)walaupun lepas raya,dan planning tukar kepada pertunangan xsampai 2 minggu,tapi semuanya ran smoothly.

pertunangan impian i:
simple,sweet,si dia x ikut (duduk luarla..coz berdebar tgk muke si dia :),majlis yang sederhana,dihadiri keluarga sahaja,3 berbalas 5,kamera sebuah dua je yang ada

reality:
jiran - jiran datang,ada pelamin,si dia datang (hensem berbaju melayu,okey?),meriah sikit dari sederhana,5 berbalas 7,mak ai..banyaknya kamera..mana satu nakpandang nih?

kesimpulannya,kita hidup bermasyarakat,orang melayu ni bersendikan kata 'biar mati anak,jangan mati adat'..walaupun ai ni kacukan filipina dengan korea tapi darah melayu masih ada..(ahahaha!!)so walaupun kita berdua or dgn family, planning nak simple je,tapi kita kena consider sedara mara weh...kita ni bukan duk kt Pluto..Ade paham?opss kena berhenti menaip..semut hurung ai,sebab ai darah manis..ehek!!

Tuesday, September 6, 2011

direnjis renjis,dipilis!!

tengok entry dah tawkan ai nak post pasal ape?hikhik (malu~~)emm start bulan depan ai nk kena beli barang hantaran dah ni:).so dari semasa ke semasa,brgantung kepada degree kerajinan ai,ai akan post pasal kat mane ai beli,harganya berapa..sebagai panduan u all semua..meriah itu mesti tapi kesederhanaan itu kewajipan :).xmo komen pasal ni byk2.kang orang ingat ai PDA a.k.a 'public display of affection' plak dengan si dia tu..diam diam sudaaa (diam ke ?):P

Tuesday, August 2, 2011

mimpi indah :)

orang cakap,kalau ada jodoh x kemana...benda ni yang ai pegang dari dulu sampai sekarang..susah kan nak percaya lelaki sekarang..orang asyik tanya bila bila...cakap pasal jodoh,tetiba teringat ai kat mimpi masa umur 17.begini ceritanya..

masa tu datangla seorang jejaka yang cerah dan bersih kulitnya,cuma x tahu rupa parasnya bersama dengan ibunya (berapa banyak nya daaa),dia pakai baju melayu putih,mak dia kurung putih,sejuk muka mak dia..diorang x cakap sepatah pun,tapi memang ai tahu diorang nak melamar ai.mak ms tu ckp,"ALONG ,ADA ORANG NK MELAMAR NI.NAK KE X?"masa tu mak ai suruh ai jalan2 dgn dia,kenal2 dulu.
Masa ai jalan2 dengan dia ,dia diam je..xambil kesempatan pun.kami berada kat taman bunga yang indah dan putihxtahula kenapa kalerp utih.mungkin mimpi xde kaler kot.pastu ai ckp kat dia "AWAK,SAYA MUDA LAGI LA.SAYA NAK BELAJAR LAGI.NANTI2 LA AWAK DATANG BALIK". tup2 pastu terus ai terjaga.rasa menyesal juga rijek sebab ai tahu orangnya hensem,baik hati sedangkan x prnah jumpa pun...

lepas 11 tahun berlalu..sampai sekarang mimpi tu masih di ingatan,sedangkan sampai sekarang ai x kawen2 lagi..tapi,i met some one...i hope he' s the one in my dream before..x mo ckp banyak..tunggu tahun depan!!

Saturday, March 19, 2011

how to treat your friend during your wedding day

Direnjis - direnjis dipilis..ditepungi lah tawar...wah-wahh... musim orang kenduri ni...kenyang makan nasi minyak ek..tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal persediaan perkahwinan...tapi nak cerita pasal bagaimana nak menjaga hati kawan di hari perkahwinan korang...walaupun aku ni x kahwin lagi,tapi pengalaman menghadiri kenduri perkahwinan menyebabkan aku peka juga dgn  keperluan rakan2 sebagai jemputan.sampai kekadang tu jemputan kecil hati sebab pengantin buat dek je kat dia..yelahh tawlah bizi..hari ko kahwin..tapi...xkan la jadi selfish plak kot kat kawan2 baik?kalau diorang sanggup datang dari jauh plak mcamana?emmm no komen.so ni dia cara2 nak treat kawan2 anda supaya x kecil hati sewaktu menghadiri perkahwinan anda....


1)untuk kawan2 yg baik /rapat dengan anda,bagila kad..xkan sms je kot....

2)luangkan masa sms tanya kawan baik anda..dapat x kad anda?boleh pegi x?kalau dia xdapat pegi jgn marah...xpelahh ..fahami masalahnya..

3) masa dia dtg ke kenduri anda..ucapkan terima kasih..dan senyum..:)

4)bagi perempuan..mesti kawan2 anda akan menjengah anda ke bilik pengantin...so janganlah buat bodoh kat dia...sesibuk manapun anda..walaupun anda tgh ambil gambar,pinta cameraman anda tu berhenti sekejap,sambut kawan anda,ckp terima kasih..beritahu dia anda minta maaf xdapat layan dia sesempurna mungkin dan jemputlah dia makan...

5) kalau dia bagi hadiah,ucap terima kasih..jgn buat bodoh..sampai dia tertanya2 kat mana aku nak letak hadiah ni?sampai berkali2 sedangkan anda sibuk pose (pose bergambar okey,bukan puasa).

6) simpan sedikit gift beg untuk kawan2 dlm bilik pengantin,jadi bila diorang jengah anda kat bilik,anda terus boleh bagi.yela..xkan la dia nak mintak pulak..mmgla penanggah bagi bunga telur or gift bag kat tetamu..tapi kekadang penanggah x perasan..orang dtg ramai sgt..

7) kalau anda mmg betul2 bizi xsempat nak cakap hai or terima kasih kat kawan2 yg datang,sebab anda pengantin glemer atau popular,anda buatla majlis khusus untuk kawan2 rapat anda..xsalahkan..

8) kalau kawan anda nak bergambar dgn anda,luangkan masa bersama mereka...ucapkan maaf kalau anda terpaksa beredar.

9) luangkan sms terima kasih or bagi thank you note kepada kawan2 or sedara mara anda.

10) kalau kawan anda sms anda sebab komplen pasal layanan anda...ucapkan maaf..dan terima kasih..yelah..dia berterus terang tu kira okla...kalau dia buat dek je dan terus diam simpan dlm hati..lagi haru..

ingat..tanpa hadirin dan kawan2 anda,majlis anda x bermakna...malu babe kenduri xde orang..erm...renung2kan an selamat beramal..:P