Sunday, April 3, 2011

LAT KAMPUNG BOY REVIEW.

Semalam singgah kat ISTANA BUDAYA tengok   menonton teater LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL..emm menarik...tayangan start 8.30.. sampai 11.30..adala rehat 15 minit.  so far ni first time aku layan teater..syok jugak...tapi aku rasa 'ke bestan' teater ni bergantung kepada jalan ceritanya...pelakonnya...muziknya..tayangan LAT ni sampai 5 APRIL..yang lain semua sold out..yang 5 April je tinggal. okey.kalau aku cakap byk2 kang korang bosan..jadi aku nak ulas la sikit pengajaran yang aku dapat dari teater LAT ni. Aku bukanla pengkritik profesional..aku ni amatur je..so ni la yang aku digest dari kaca mata seorang amatur:)



1) DO WHAT YOU LOVE..LOVE WHAT YOU DO (DWYL,LWYD) - ni kata2 cikgu Lat yang bersanggul tinggi..Mrs Hew....hehe Mrs Hew ni menggalakkan anak2 muridnya menceburkan diri dalam bidang yang diminati..beliaulah penggalak Lat supaya Lat terus berkarya...betultu..kita mesti cuba capai benda yang kita minat..jika kita xdapat capai apa yang kita minat...cuba cinta kepada apa yang kita lakukan..contoh paling tepat:KERJA :)



2)JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT - Lat ada kawan baik sewaktu di berpindah ke Ipoh..namanya Frankie..Frankie ni town boy, anak orang kaya..cita - cita nak jadi penerbit muzik..walaupun ibu bapanya nak hantar dia ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang accountancy. Lat terserempak dengan Frankie sewaktu di London.Masa tu Si Frankie dah jadi penerbit muzik yang famous. dia xnak balik Ipoh sebab happy dengan kemahsyuran dia..Lat menasihati la kawan dia..x lama kemudian si Frankie ni pun balik Malaysia sebab hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri. yang best kampung kita jugak:)

3) JANGAN TAKUT MENYONGSANG ARUS -
aku kagum dengan Lat...1.Dia berani hantar naskhah komiknya '3 SEKAWAN' ke penerbitan masa dia dia umur 13..dapat royalti pertama RM 25..masa tu komik dia berharga 35 sen :)..2.dia berani masuk kelas piano yang mana,budak2 kecik je main piano dia sorang je lelaki dewasa..dan kat situ la dia jumpa isterinya Faezah. 3.dia berani menyatakan ideanya kepada bosnya Pak Samad untuk membuat komik berdasarkan kehidupan di kampungnya pada masa lalu..ohh so touching :)..pendek kata..kita kena berani mencuba..:P


4) TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG PULA TEMPAT BERMANJA - Lat sangat menyayangi kampungnya..sebab tu dia xnak pindah..daripada teater ni aku tengok Lat sewaktu kecilnya mempunyai ramai kawan2..dia xpernah lupakan kawannya..dia x pernah lupa asal usulnya..macam kitala...sejauh mana kita mengembara..janganla lupa asal usul.

5) BULAN DAN MATAHARI sama menyinari BUMI - ni nasihat ayah Lat pada dia..nipun dalam fikiran Lat je..masa tu Lat ada krisis rumah tangga kerana terlalu sibuk sampai Faezah kecil hati..Lat kemudian terkenang arwah ayahnya ..bagaimana arwah dapat membahagiakan ibunya..hehehe. Kata ayahnya,BULAN sentiasa bersinar 24 jam..tetapi pada waktu siang..terangnya cahaya MATAHARI,menyebabkan sang bulan xnampak sinarannya pada waktu siang....samalah seperti suami (matahari) yang sibuk bekerja untuk keluarga..tapi perlu membahagiakan keluarga dan isterinya (bulan) dengan meluangkan masa bersama mereka..matahari x pernah overshadow bulan ketika malam tiba dan begitulah sebaliknya.masing- masing mesti saling memahami :)

h/p: aku suka teater ni...menarik..aku bg 3 setengah bintang la..:)tapi masa akan datang ..kalau ada teater Merong Mahawangsa aku nak tengok..tapi pastikan abang STEPHEN RAHMAN la jadi heronya.. :P

No comments:

Post a Comment