Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Ayat sama maksud berbeza..

Seriously..saya kebingungan untuk memahami dan mencari asal usul ayat moden sekarang.

Saya keliru dengan bluetooth
I mean ..gigi biru?mcmane dpt nametu?

Ok..kemudian server..haih...ingtkn restoren je ade server..klu server restoren down,terpkse mkn kt restoren lain..zaman la ni, klu server down xleh wat keje gitu..terpksa lepak di restoren.

Dan bebaruni..saye melilau mencari henpon baru bersame suami..nmpknye tren tipon skarang jenis android..
Haih...android pulak..bukan android tu robotke??

Ooh.byk betul jenis tipon android di market skarang.antara yg menangkap mata saya ialh android yg ade jellybean.
Haih pulak dah...sejak bile ade bijian manis dlm tipon ni..

Haih ..confius..lepasni saye nk mengoogle cari jawapan.
Haih pulak dah..bukan google tu benda yg org pkai mase nyelam ker?

Ekceli...sapa yg invent name name pelikni?

Friday, November 9, 2012

Type Of Craving During Pregnancy..

At last....home sweet home....currently discharged from PPUM. I've been warded for 2 days due to dehydrated,working stress dan low blood pressure...Cik Lyn Halim,ex housemate waktu bujangan dulu yang fetch ai....sebab DH dah xde cuti....kang tunggu beliau kang berjenggut ..eh berjanggut plak ai kat situ..Oh xsanggup rupanya menatap wajah yang comels ni seperti kambing gitu..:p

Lepas tu kami pun menuju lah ke OU..lepak dgn kak nita...makan-makan kat News.Com yang best- best menunye...Akhirnye dengan kadar kelaparan tahap gaban ni,i pun orderla Meehon Singapore..Pergh best gile..nak wat camane tetiba je mengidam..


Sedang berbual-bual..(eh..skema pula..) kami pon berbual la pasal food craving mase peknen..Ade orang yang x ngidam langsung macam Kak Nita,ade orang yang ngidam,tapi biase,contohnye ai la..ngidam Red Velvetla,Tutti Fruti la...dan ade yang ngidam tak masuk dek akal,seperti makan ubat gigi,bau asap motor,gigit selipar tandas...yang paling worst,nak makan tut hubby dia OK....

Rasanye benda ni controllable la...gile ko nak makan baby maker tu....xde zuriat seterusnya nanti.uhuk...Mommies semua...kalau dah detect peknen tu.doala byk2.agar x cravekan benda bukan-bukan.


Wednesday, October 10, 2012

Gambar Baby yang Awesome :)



Since pregnant ni,ai suka sangat dengan pic pic baby yang kiut - miut. So,banyakla wallpapers babies yg awesome dan unik dari photographer bernama Anne Geddes ni. Xtawla ramai kenal ke tak Anne Geddes kat Malaysia ni.Ai tau pon sebab terkesima dengan pic-pic beliau yg amazing dan comel.

Si Anne ni jadi photographer sejak umur 25,dan dari dulu lagi minat dengan baby. Beliau seorang Australian,merupakan seorang pereka pakaian  dan businesswoman dan menetap di New Zealand. Punyala minat dengan baby,sampai beliau sanggup merantau keluar dari NZ semata- mata nak capture pic baby yang unik dari etnik- etnik berbeza.Ramai jugak parents yang hantar pic-pic anak mereka kat beliau ni.FYI,beliau x pernah audition dulu baby yang beliau nak ambil gambarnya.

 Hmm...nak tengok tak macamana beliau hasilkan pic comel kat atas ni?So,layankan vid kat bawak ni..



p/s:Comel gila kot baby-baby ni.siap snoring lagi.hehehe..Er tapi sanggup ker u all nak biar anak u all tergantung macamni.....:)


Lagi hasil-hasil si Anne Geddes yang awesome :)




Credit to remarkable lady:http://www.annegeddes.com/

Monday, October 1, 2012

Fakta yang ' Meletupkan Minda'

Ni general knowledge yang kadang- kadang kita pun x tahu :)


1.Ikan dolfin tidur dengan sebelah mata terbuka

2. Ular xde external ears. Oleh itu,ular xdengar pun muzik yang dimainkan oleh pemuja ular,mungkin dia respon dengan pergerakan orang tu
3. Burung tidak berpeluh
4.Burung kelicap adalah burung terkecil di dunia.
5 Benda hidup yang tertua di dunia ialah semak samun yang terletak di Padang Pasir Mojave iaitu 'Creosote
   Bushes'

6. Gajah boleh menghidu air sejauh 3 batu jaraknya

7. Burung Kakak Tua dan Arnab ialah haiwan yang boleh tengok belakang badan tanpa perlu memusingkan
    kepalanya

8. Jantung Paus biru adalah sebesar kereta, dan lidahnya sepanjang seekor gajah

9. Antartika adalah benua paling kering di dunia.


10. Manusia xkan dapat membunuh dirinya hanya dengan menahan nafas..Cuba Try?

Friday, September 21, 2012

GiLe MaKan~

Dah 3 bulan lebih dah ai preggy..Alhamdulillah,alahan dah ok sikit...cume masih lagi x boleh memasak(alah bau makanan),perfume (especially deodoran nivea hubby ai..ughhhh!!!)dan ubat gigi (ape..ingat fasha sandha jeke alah ubat gigi..ai pon oke?)..

Tapi xkisah la kan....janji anak mama sihat( talk to my belly..hik hik..).cume nafsu makan naik sikit..tapi baby nak western,n makanan berkuah je...nasi x nak..isk isk..

Setakat ni ai mengidam Red Velvet,Ayam Percik, Strawberry,Black Berry (bukan telepon ye),Frozen Yogurt..(hambik...semua mahal2...ikut ayah lani..barang nak branded je ..;) )

Sebab ape ek food craving ni?ooo sebabnye...badan kurang zat besi mase preggy...so si mama pun mule la ngidam bukan2,walaupun benda yang dia ngidam xde zat besi langsung..contohnya mama kat bawah ni..adeke keje nya makan sabun dengan span?er......mintak jauh..:P





MOTHER HAS EATEN 1000 SPONGES SINCE SHE STARTED CRAVING SOAP DURING PREGNANCY
March 15 | Posted by theboss | News Tags: 
By
Emma Reynolds
17:08 GMT, 14 March 2012

17:53 GMT, 14 March 2012
A mother has eaten around 1,000 sponges after developing a strange craving for soap during her pregnancy five years ago, it emerged today.
Nicole Bonner, 22, suffers from a disorder called pica, which causes people – usually women and children – to eat non-edible objects.




Thursday, January 26, 2012

Keanehan 29 Februari :)

Tahun ni jumlah hari dalam setahun menjadi 366 hari.Sebab tahun ni Tahun Lompat!! Tahun Lompat diperkenalkan lebih 2000 tahun dahulu  dengan peralihan kalendar Roman ke kalendar Julian .Tahun ni jugak bulan Februari jadi 29 hari,yang biasanya berakhir 28 Februari. Ah skema pulak ayat.


Okey..back to normal...walaupun Bulan Februari tak masuk pun lagi,tapi saya nak post pasal keanehan 29 Februari,yang hanya muncul 4 tahun sekali..Benda yang ai selalu tertanya- tanya ialah camana ek orang yang lahir pada 29 Februari sambut besday?Bayangkan la ek...sambut birthday 4 tahun sekali,pastu terus umur bertambah 4 tahun...Oh!!!!Okey,jangan pening - pening..ni cara kira besday kita,termasuklah untuk mereka yang lahir pada 29 Februari ni...Cekidaut!!


Campurkan 365 dan 1/4 hari pada jam anda dilahirkan.Contohnya, korang lahir 29 Februari tahun 1972 pada pukul 10 malam,so ,besday korang pada tahun berikutnya adalah pada 1Mac 1973 pada jam 4 pagi. So,x yah tido....g buat slumber party kat dalam bilik!!


Okey,tadi kita kira besday,sekarang pasal benda lain pulak. Dipercayai oleh masyarakat Barat,pada 29 Februari  golongan perempuan dibenarkan melamar boyfriendnya!!meh sini ai nak story mory sikit!!


Alkisah menurut lagenda orang Irish, St Bridget dah buat perjanjian dengan St Patrick (saya tak kenal mereka,jangan tanya) bahawa kaum perempuan dibenarkan untuk melamar lelaki pada 29 Februari setiap 4 tahun. Jika lelaki menolak lamaran tersebut, lelaki boleh dikenakan hukuman memakai gaun atau penalti duit.(Ape..pakai gaun?hahahahaahah!!).Sesetengah negara Eropah pulak menyatakan lelaki yang tolak lamaran perempuan pada hari ni dihukum memberikan perempuan itu 12 helai sarung tangan,so perempuan tu akan pakai  la kat tangan dia ,sebab nak hilangkan rasa malu yang kat tangan dia xda cincin pertunangan.


contoh poskad jawapan lamaran jejaka kepada gfnya :D


Satu lagi kepercayaan pasal tarikh ini,orang Scottish percaya yang sesiapa yang lahir pada tarikh ni bawak malang,macam Friday 13th.
Sumber (:http://www.timeanddate.com/date/leap-day-february-29.html)


Begitula uniknya tarikh ni..Bab bab melamar ni paling best. Ala...kalau dah suka,xkiralah perigi cari timba ke,xkan nak tunggu 4 tahun wei..lamatu...alang-alang menyeluk pekasam,biarlah buat ikan pekasam terus....xgitu?ah merepek plak i  ni...