Friday, April 13, 2012

PLAY THE GAME




Betulke susah nak ngorat ni?betulke dengan tanya kabar setiap hari,sms,beli hadiah, dia suka?silapla..... The more you ignore a woman, the more she would be interested in you and the more you chase a woman, the faster she may run away from you !. Kenapa saya cakap macam ni?ooooo sebab i've watched 
'Play The Game' Movie.

Kepada kamu kamu dan kamu yang single,cite ni sesuatu yang fun untuk ditonton. Dah banyak kali kuar kat Diva..tapi baruni nak post.

Ok,cite ni inspired by true story ye,datuk kepada Penulis/Pengarah cite ni, Marc Fienberg yang kematian isteri. Jadi dia ajar la Datuk dia,si Grandpa Joe ni cara ngorat yang betul..Akhirnya Datuk dia ni dapatla pengganti mendiang neneknya dan si Marcni pun buatla storyline berdasarkan kisahnya,dengan menggantikan namanya sebagai David,hero citeni.

Teknik Ngorat Yang Salah

1) Terus menerpa pada sasaran macam orang desperate,sampai dia notice la yg yu ni minat kat dia gile2

2) Bagi bunga,sms hari2 semata -mata nak memancing si dia.Hmm mungkin boleh dapat,tapi berkemungkinan besar korang akan berubah selepas dah dapat si dia.(Kalau dapatla)

3) Always available for him/her.Jual la mahal sikit...

Ni step2 dari cite 'Play The Game' yang ai rasa sesuai untuk di praktikkan si bujangan luar sana..I dah x bujang y'all :D "

1)IDENTIFY YOUR TARGET 
Kenaplasti la sapa yang nak dingorat.Kalau nak ngorat cikgu takkan g pasar pulak,kan?

2)APPROACHING THE TARGET
Ala2 macam Maya Karin yang nk ngorat datuk dalam cite Pisau Cukurtula...mana ada dia come clean.Dia buat tertukar2 buku..Xpun pegi jogging kat tempat yang si dia selalu jogging ke..Buat2 terlanggar ke,terjatuh buku ke,tertukar kasut ke.hehe..

3) GETTING HER/HIS INTEREST
Dapatkan minat dia .Bagi name kad kut.Tapi janganla terlalu nampak yang yu ni nak tekel dia..Jadi kawan dulu.Jangan gelojoh duk sebut pasal soal chenta2 ni..

4) FOLLOW THROUGH

Follow up la..Jadi rapat sikit,tapi TTM ye...Cupa rapat,pastu hilangkan diri,pastu rapat,pastu hilangkan diri..Jadi misteri sikit..bukan Misteri Nusantara.Nanti bila susah dia cari,pastu dia hilang..kau nak?Biar dia rasa hilangnya u tu..

5)GROUCHO EFFECT:
Quote dari Groucho Marx yang mengatakan keinginan untuk memiliki sesuatu yang kita xdapat.Bila dah jadi Misteri,dan dia rasa kehilangan u,barula dia rasa betapa perlunya ada u...

PS:Eh ?ni macam WHY MEN MARRY BITCHES punya stail la..Keyword nye,be mysterious dan Not Easily Accesible..

Ok,nila 5 steps yang digunakan si David tu.Tapi the best partnye...gf dia yang guna step ni nak ngorat dia,tapi dia x sedarpun.hihik.Tula...sapa suruh jadi player..:D

OK,selamat mencuba ye si single mingle ^_^




Wednesday, April 4, 2012

secret Admirer

"Penat-penat aku suka kat dia...tapi dia dengan orang lain jugak..."ehem...these are the words that we used to say bile kita penat suka katorang tu(penat la weh...lalu depan dia control2...tak pun buat2 brutal...ele....)


Macam saya juga..tak  terkecuali meminati beliau di zaman sekolah dulu.Bile jumpe je jantung rasa macam nak terkeluar.Punyala kalau boleh tak nak tembung dengan dia(bukan senang ye ai nak minat orang ;p) Lepas tu taksangka pulak..ramai peminatdia..termasukla junior comel tu..nak buat mcmmana kan...i yg Ugly Betty ni give upla...
 Unsangkarable betul..Xsangka pulak satu Uni...Masa tu perasaan suka tu masih ada..pernah la date as a friend..still got the spark...tapi dah kurang suka...Lepas 5, 6 tahun..jumpa pulak kat Fesbuk....bila dah jadi friend,adalah ber pm2..tapi ,perasaan suka tu dah takde....Bila dia pm..rasa menyampah pulak..siap offline ok?Dalam hati berfikir...dulu bukan main suka akukat dia...Sekarang..ohhh menyesalnya aku pernah suka kat dia..


Kenapa ye....?...Diakan masih orang yang sama?




Sebabnya...


1.Semakin lama kita xde rapport dengan seseorang...semakin kurang connection kite dengan orang tu.


2. Suka tu x semestinya cinta..bila kita meminati seseorang,perlulah pastikan APA perasaan kita sebenarnya..Cinta tu bila kita sanggup lakukan apa sahaja,termasuk bertarung nyawa demi seseorang yang kita sayang.Umpama cinta ibu kepada anaknya.. Kalau kamu xbersedia nak berkorban harta,kesenangan dan bertarung nyawa deminya...tu bukan cinta namanya..




3.Semakin susah nak dapat sesuatu perkara,semakin kita rasa teruja ..Bila benda tu senang nak dapat, kita x hargai..Play hard to get sometimes make you a WINNER!!


ps: Dont make yourself easily accessible..sebab perempuan ni macam laptop...cucuk dengan pendrive mane2..kena virus dah kena format balik..:)

Tuesday, March 27, 2012

lawak

Actually no intention to do lawak pun.sebab stress takde air kat area Damaini.arghhh..2 botol air mineral dah diguna untuk mandi..T.T..ah xperla..esok takde air checkin hotel.ape ade kes...:P




okey...next.kita semua tahu kan jenama ni:Snail,Camel,Crocodile,Timberland...kire cam kalau pakai ni branded la..tapi cuba bayangkan kalau jenama ni diconvert pada Bahasa Malaysia.


contoh 1: Amran (bukan nama sebenar) bekerja sebagai promoter di bahagian 'Siput' (Snail)


contoh 2: Mana lagi mahal,kasut 'Kawasan Pembalakan' ( Timberland)' atau kasut 'Buaya'(Crocodile)?


contoh 3: 'Unta' (Camel )tu jenama kasut atau beg ?


contoh 4:Mahal jugak tv tajam ni (Sharp)


contoh 5: peti sejuk penyanyi (Singer) ni tahan lama,sejak dari saya kecil lagi


contoh 6: Saya suka air 'matahari cepat' (sunquick)


Cube bayangkan.....

Saturday, March 17, 2012

saya nak kahwin dah.:).

Origami dress.ingat nak buat tuxedo..tapi tangan sakit da...

gift sabun
Cuti sekolah dah nak habis.Sepanjang cuti sekolah,saya sangat bizi  menyetelkan borang kahwin,goodie bag dan sebagainya..semuanya d.i.y..except baju nikah dan baju kawin la..gilo la kalau d.i.y...Okey lenguh tangan nak taip banyak2..layankan mata anda dengan hasil tangan saya yang xseberapa :D Terima kasih youtube..byk info2berguna boleh didapati di sana...tapi korang kena type in english la...tula orang kata dunia tanpa sempadan..selamat mencari :) p.s:sila rujuk di sini

Tuesday, March 6, 2012

tragedi rumah sewa


Lamanya x post...berkurun..i guess.. xde idea nak post.x kan nak post pasal hari ni pergi mana,makan apa.uhhh...ingat ai ni artis k-pop?
This time nak post pasal tragedi rumah sewa..Teringat pulak kisah lama,duk tengah mencari- cari rumah sewa yang nak duduk lepas kawin ni..dah jadi pre marriage task plak.....susah rupanya nak cari apartment yang selesa, parking senang dan murah  kat hutan batu ni wei..okey2 stop talking nonsense..nak cerita pasal tragedi rumah sewa......


Rasa2 nya dalam tahun 2007 kot.Masa tu ai duduk kat Mentari Court.kawasan yang hectic..no breathtaking view...penuh pemandangan oversea..( i mean...awang hitam. & negara seberang). nak  dijadikan cerita,seorang housemate nak keluar,rasanya at that time,housemates adalah dalam 5 orang,so mengagau jugak nak cari orang.yelah sewa RM 750..dahla mahal..gaji pulak tak berapa nak banyak..so,dipendekkan cerita,si housemate ni advertise la kat board bawah apartment dan esoknye...adela sorang berminat nak tengok rumah kitorang dan time2 tu jugak nak pindah.


Alkisah malam tu datangla seorang kakak yg chubby2,katenye kerja ma**bank, nak pindah masuk sebab ditukarkan ke cawangan area situ.dia pakai keta kancil yang kusyen ketenya macam di zoo..xingatla leopard printing or zebra printing. Ramah betul kakak tu.katanya dipindahkan dengan segera,tak sempat nak cari rumah,so, for the time being terpaksa la dia duduk menumpang kat rumah kakaknye.I malas sangat nak layan2 orang yg x dikenali ni.bukan ape..suspicious.tapi xdela plak terfikir yang bukan2.Housemates lain semua layan baik.Kakak tu cakap esok dia nak masuk rumah..


Esoknye, kakak tu nak masuk..dia cakap nak beli barang kat Giant...so okla.Disebabkan dia xtahu jalan,dia mintak tolong la seorang housemate i yg baik ni..so housemate i ni pergi la teman.Mase tu i x balik keje lagi..so dats y xdapat teman..kalau tak mesti ai yg baik hati ni teman jugak..


Masa tu pukul 11 malam..Takde orang pun kat rumah..I baru je balik keje. Tetibe housemate i seorang balik meraung- raung...cerita punya cerita,rupenye kakak tu rembat henpon dia...nasib baik x rembat nyawa....
Ceritanya diorang singgah kat pam minyak.Akak tu kata nak isi minyak.Dia mintak la si housemate ni belikan air mineral.Sambil tu dia mintak pinjam henpon si housemate ni ,sebab nak hantar sms.Unfortunately..keluar je dari kedai stesen minyak tu...dah lesap kakak tu.Apa lagi..meraungla kawan tu..


End of Story..Penat la taip panjang-panjang..moralnya...jangan mudah percaya orang...orang nak menipu ni ramai....
Eermmm...agaknya sebab tula susah kot nak dapat rumah sewa sekarang...isk....

Thursday, January 26, 2012

Keanehan 29 Februari :)

Tahun ni jumlah hari dalam setahun menjadi 366 hari.Sebab tahun ni Tahun Lompat!! Tahun Lompat diperkenalkan lebih 2000 tahun dahulu  dengan peralihan kalendar Roman ke kalendar Julian .Tahun ni jugak bulan Februari jadi 29 hari,yang biasanya berakhir 28 Februari. Ah skema pulak ayat.


Okey..back to normal...walaupun Bulan Februari tak masuk pun lagi,tapi saya nak post pasal keanehan 29 Februari,yang hanya muncul 4 tahun sekali..Benda yang ai selalu tertanya- tanya ialah camana ek orang yang lahir pada 29 Februari sambut besday?Bayangkan la ek...sambut birthday 4 tahun sekali,pastu terus umur bertambah 4 tahun...Oh!!!!Okey,jangan pening - pening..ni cara kira besday kita,termasuklah untuk mereka yang lahir pada 29 Februari ni...Cekidaut!!


Campurkan 365 dan 1/4 hari pada jam anda dilahirkan.Contohnya, korang lahir 29 Februari tahun 1972 pada pukul 10 malam,so ,besday korang pada tahun berikutnya adalah pada 1Mac 1973 pada jam 4 pagi. So,x yah tido....g buat slumber party kat dalam bilik!!


Okey,tadi kita kira besday,sekarang pasal benda lain pulak. Dipercayai oleh masyarakat Barat,pada 29 Februari  golongan perempuan dibenarkan melamar boyfriendnya!!meh sini ai nak story mory sikit!!


Alkisah menurut lagenda orang Irish, St Bridget dah buat perjanjian dengan St Patrick (saya tak kenal mereka,jangan tanya) bahawa kaum perempuan dibenarkan untuk melamar lelaki pada 29 Februari setiap 4 tahun. Jika lelaki menolak lamaran tersebut, lelaki boleh dikenakan hukuman memakai gaun atau penalti duit.(Ape..pakai gaun?hahahahaahah!!).Sesetengah negara Eropah pulak menyatakan lelaki yang tolak lamaran perempuan pada hari ni dihukum memberikan perempuan itu 12 helai sarung tangan,so perempuan tu akan pakai  la kat tangan dia ,sebab nak hilangkan rasa malu yang kat tangan dia xda cincin pertunangan.


contoh poskad jawapan lamaran jejaka kepada gfnya :D


Satu lagi kepercayaan pasal tarikh ini,orang Scottish percaya yang sesiapa yang lahir pada tarikh ni bawak malang,macam Friday 13th.
Sumber (:http://www.timeanddate.com/date/leap-day-february-29.html)


Begitula uniknya tarikh ni..Bab bab melamar ni paling best. Ala...kalau dah suka,xkiralah perigi cari timba ke,xkan nak tunggu 4 tahun wei..lamatu...alang-alang menyeluk pekasam,biarlah buat ikan pekasam terus....xgitu?ah merepek plak i  ni...

Saturday, January 21, 2012

Bunga Sabun 2

Ingat tak entri pasal bunga sabun dulu tu?haaa....ai dah cuba..skang ni nak upload step by step cara pembuatan sabun ni..ni first trial hoke!!!heheehe.


ni sabun LUX..mule2 kite buat macam buat kerepek tu..

ala..terbalik plak..masak atas dapur ye..nak bagi hancur sikit


blenderkan sabun tadi,bagi betul2 cair dan hancur
tuang k dalam acuan coklat ye.dalam acuan ais pon ok..janji senang nak cabut nanti
buih sabun ni akan memenuhi ruang atas....so,ratakan dan usir la buih- buih tu.gunala apa2 pun hehee
nila bentuk sabun -sabun ni lepas dikeluarkan dari peti sejuk dan dari acuannya tadi.comel tak?:P



Tak sangka jadi pulak.Padahal tengok tutorial je kat youtube..tu pun oversea punya.ni pun cincai je.pasni nak try letak colour n minyak wangi la.mesti semerbak :D