Wednesday, January 18, 2012

Ombak Ghindu..

Ramai sangat orang komen pasal filem ni.Rata- rata memuji.Saya x reti nak komen mengikut bahasa orang filem,sebab saye orang biasa- biasa yang pergi menonton sebab dah baca novel. Sebelum tu,tahniah..kalau x disebabkan Aaron Aziz,Maya Karin, dan Lisa Surihani,confirm cerita ni biasa2 je.. Jangan marah aa...untuk filem ni,saya bagi 2 bintang je...jangan tanya kenapa .tapi nila sebab- sebabnya..


a) Mak Hariz baca buku terbalik, masa dekat sofa tu..xtawla kot2 mungkin buku itu di design sedemikian rupa?


b) Hubby kaya,tapi bagi bini pakai viva je... (saya bukan perlekeh viva.. harap maaf)


c) Perut Izzah herot mase berdakapan dengan hubby dia atas bot.. :D aiiya


d) Nampak macam mikrofon je yang keluar dari belakang baju Izzah masa tengah borak dengan Mila masa nak ending tu?xtawla kalau saya salah..


e)Sakit mata tengok cara Izzah pakai tudung..aduila...kesian Izzah...xsemestinya perempuan kampung xreti pakai tudung...salah tu..kan lebih cantik kalau dibaiki..


f) Sakit telinga dengan suara reporter yang melaporkan pasal Mila balik Malaysia" mila,mila" kenapala suara dia gedik..


Ramai yang menitiskan air mata kot masa tengok cerita ni.Saya dengan Angah je tak..kitorang boleh gelak lagi.. Okey,saya mengaku saya jatuh cinta dengan Aaron lepas tengok filem ni.What to do...can't resist hot guy ;) Saya juga menonton filem ni sebab suka dengan Lisa "Gheda itu Ikhlas,Pasghah itu menyeghah" ..so damn cute!!


gambar xde kaitan dengan review Ombak Rindu..Hanya pasal MAYA KARIM yang tukar jadi hantu

Tuesday, January 17, 2012

for u lonely hawa :)

Entri untuk si lonely hawa,sapa pernah bangun tido,tiba tiba sedih tak tentu pasal?atau....tengah bawak kete..tetibe je nangis tanpa sebab?uuuuu...saya penah....tetiba dalam keta.angin tak ribut tak,meleleh air mata.tapi tak tahu sedih sebab apa..ingatkan ai ni dah sewel or kena masuk Tampoi ke.
Rupenya tak ye..memang naluri wanita.Macam sesi Q n A antara si polan dengan Ustaz Azhar .
Soalannya,






Ustaz,
Kenapa ya hati perempuan ni
kadang² tiba² je rasa sedih tanpa
sebab. Ada orang kata syaitan
yang ganggu! Ada petua tak
... ... untuk elakkan hati kita ni sedih?
Kadang² bila bangun pagi rasa
sedih, kadang² rasa macam rindu.
Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
"PERKARA BIASA. HATI
PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI
YANG MAMPU MENJADI
PENAWAR...
(taken from http://www.facebook.com/profile.php?id=1829172486&ref=tn_tnmn#!/ahmad.zaw78/posts/223656471052433)
So,nampaknye kita lonely..(if u experience this :) so ladies,apa yang patut dibuat ye bila hadapi situasi macamni?
a) Ingatla TUHAN,sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada kesedihan melampau,ditemukan jodoh yang baik
b) Jangan rendah diri,luaskan jaringan sosial,jangan terlibat dengan gejala sosial plak.
c) JANGAN JANGAN JANGAN x pilih si Adam yang datang dalam hidup anda.Kita berhak memilih yang terbaik walaupun umur kita dah 40. Yela..tak kan nak pilih si pisau cukur plak..kerja ngabiskan duit perempuan je.. 
d)JANGAN terlalu desperate sampai semua lelaki kat alam maya di fesbuk kau nak add.Isk.... 
e)Jadi lebih feminin,bergaya(janganla seksi plak),berilmu dan habiskan lebih masa dengan rakan-rakan.Manela tahu si Adam kamu ade dalam kalangan kawan2 jugak :)
Bagi yang telah tersalah pilih tu,x terlewat nak patah balik selagi tidak berkahwin.Jangan takut hidup sendiri takde lelaki.Bukan salah kita memutuskan kalau kita nak terbaik dalam hidup kita. Yang salah bila kita rasa kita memilih yang teruk,hakikatnya dia yang terbaik untuk kita.
dan...x salah jadi selfish, Bukan salah tinggalkan si Adam yang tak tahu menghargai kita.Yang salah adalah kita meninggalkan Adam sebab bosan kerana si dia cukup baik untuk kita.
Dan..adalah SALAH BESAR jika kita tak tinggalkan ADAM yang parasit dalam hidup kita (si pengikis duit,simata keranjang,si panas baran) semata-mata kita ingat tak akan ada lelaki yang nak kat kita.
Memang..jodoh tu rahsia Allah,tapi kita boleh berdoa dan berusaha....ye tak?
wow....entri jiwang lately ni...aura ratu sehari ka?hehehe..finally, i'm hoping he's the one for me...Ameen...sebab masa jumpa encik S ,Rasa berdebar nak terjatuh jantung keluar dari badan. x tahu ngape..Sebab,ade orang cakap,berdebar tanda jodoh ;D
p/s: kalau betul la berdebar tanda jodoh.next next next entry i post..;)

Wednesday, January 11, 2012

Sesalan Seorang Adam.


Entri khusus untuk si Adam. Pernah x korang memiliki seseorang,kau sayang sangat padanya. Kau yakin si dia pun sayang pada kau,sesetia kau kat dia,walaupun kadang kadang kau nakal sikit. Yelah,apelah erti seorang lelaki tanpa flirt...


Tapi entri ni bukan pasal kesalahan kau flirt, tak,flirt x salah,asalkan kau x curang. Entri ni pasal si dia yang menanti dan menanti kau,sampai lah kau kata " I am ready to marry you.." Ada si dia yang terus berani bertanya,bila kita nak kahwin? ada yang kias-kias, i tunggu u..


Ya,kami kebanyakan perempuan faham, (walaupun ramai x faham),kahwin sekarang banyak benda nak kena fikir, kewangan si lelaki kena sangat sangat kukuh.Membina keluarga lebih daripada membina syarikat. Complicated. Sebab tu ramai lelaki x suka cakap pasal kahwin,xnak decide bila dia kahwin,bila dia ready baru dia propose partnernya, dan dia harapkan partnernya faham. Bila si dia tanya pasal future,kau mengelak, tak ready lagi,ala tunggulah,x fikir pun,ni la ayat yang kau selalu guna..Paling teruk kau cakap,kalau awak xnak tunggu saya lagi,awak carila orang yang lebih baik daripada saya..Saya lepaskan awak pergi jika awak jumpa lelaki lagi baik daripada saya.


X lama lepas tu,kau teruskan hidup macam biasa, kau harap dia dah x tanya.tup tup kau dapat tahu dia jumpa orang lain,dia nak kahwin dengan orang tu,kau frust menonggeng..kalau x frust pun kau kecewa (tipulah x kecewa,kalau kau x kecewa bermakna kau langsung x mencintai dia),kau cakap dia xsabar nak kahwin,x percaya kau. Hakikat sebenar,dia TERLALU TERLUKA dengan kata - kata kau,sebab perempuan memang percaya  dan terpesona dengan apa yang dia dengar,lelaki tertarik dengan apa yang dia lihat.


SILAP BESAR. Salah ayat - ayat diatas atau seumpamanya. F.Y.I, Kami perempuan bukanlah terkejar kejar status puan,apa yang kami nak kepastian dalam hubungan,apa yang kau perlu jawab ialah




" Saya betul -betul x ready lagi nak kahwin,tapi awak  percayalah pada saya,pada hubungan ni "Sila lihat perkataan percaya di boldkan.


Ingat, mungkin kau dah terlambat nak undur balik. Tapi jadikan ini satu pengajaran,sama ada kau menyesal atau tak,terpulang.Aku hanya menjelaskan hasrat hati kaum hawa.Ingatlah,hanya dengan perbezaan ayat yang dilontarkan dari mulut kau,kesan yang besar terjadi. Perempuan perlukan kepastian dalam hubungan,xkisahla bila kau nak kahwin dengan dia. Ingat,jagalah kata- kata yang kau tuturkan....Selamat mencari tulang rusuk anda yang hilang :)

Sayu hati,terlihat dia.tanpa menunggu masa yang lama,aku bergegas turun mendapatkan makanan untuknya.
Kasihan,badannya yang kurus,matanya buta,hidungnya seperti tidak dapat menghidu makanan yg aku berikan.
Makanan ku letak berhadapan dengannya,namun,dia masih tidak dapat mengesan makanan yang ku beri.
Kubelai dan ku usap badannya,menghalakan dirinya kearah makanan yg kuberi. Airmata yang mengalir tak dapat ku tahan lagi.
 "Makanlah sayang...",aku bersuara.namun dia berbunyi sangat perlahan. Dia seolah olah lebih suka aku mengusap kepalanya.. Aku tak dapat menunggu lama,xdapat menahan  air mata.

Dalam solat kutitipkan doa,agar dia dimurahkan rezeki dan sihat kembali.
Kalau tidak kerana aku menghuni rumah sewa,mesti aku bawa pulang dan merawat dirinya....

Kalaulah aku punya wang yang banyak,aku berjanji kepada diriku sendiri, aku akan mendirikan sebuah pusat perlindungan untuk si comel yang terbiar ini.

Kenapa aku rasa macamni?kerana seekor kucing pun menangis.?

Tuesday, January 10, 2012

selangkah ke alam misteri...

Tajuk serius.hehehe...terfikir nk buat entry pasal pisang raja udang .actually ni semua start sebab ada sorang akak memulakan topik pisang.xtawla camana boleh timbul topik ni,tup- tup tersebut cerita pasal pisang raja udang,pisang yang orang jarang jumpa zaman sekarang.warna kemerah -merahan.tetiba i dengan excitednye berkata "eh,keturunan saya x boleh makan pisang ni".

A,ah ek..baru i teringat.Mengikut kata papa,keturunan belah papa x bleh makan pisang raja udang dgn kerbau balar.Kirenye kami adik beradik baru keturunan ke 6.ada 1 keturunan lagi..adoi...baru rasa teringin nak makan pisang ni,tetiba x boleh.apelah orang dulu2 ni,buat sumpah benda makanan.Huhuhu.tapi boleh percayake?Sebagai anak yang taat, i kiut eh ikut je.Kang makan karang tergame over x ke haru. ikut cerita,kalau makan pisang merah ni, nyawa x panjang dan kalau makan kerbau balar,boleh muntah2 darah,terus sekian terima kasih.

So,balik ke rumah dengan susah - payahnya mengoggle pasal pantang larang ni.Lor...rupe2nye kat forum Cari pun ada tajuk ni..rupe2 nye ramai yg seketurunan dengan i ni.xboleh makan benda sama.Cari punya cari,rupanya pantang ni pantang orang keturunan Rawa.'Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana  Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini' -petikan http://fazlisyam.com/2010/02/26/pisang-raja-udang/.



Pasal legwnda pisang sila pergi ke http://wannura.wordpress.com/2010/06/19/pisang-pisang-raja-udang-dan-lagendanya/
Pasal kerbau balar @ kerbau albino pun ada.http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-242190-page-5.html..Tapi  nak kata ai ni keturunan rawa,cakap rawa pun xreti...huhuhu.Lagipun Orang Rawa ada adat jejak tanah rasanya.Tapi masa kecik2 dulu xde pun kitorang adat ni,cuma x boleh makan pisang raja udang dengan kerbau balar..wallahualam..Nak percaya lebih kang syirik pulak,langgar pantang kang,tamat.hihihihi...

Bile difikir2,teringin nak makan pisang kaler merah ni,cuma kerbau balar tu xnak la.Haishh.Orang kata dagingnya keras..X sangka ada pantang larang mcmni ek...isk..boleh percaya ke X ni?TAPI,yang paling besar pantang I,pantang tengok Aaron Aziz,mesti xjadi keje,asyik nk tengok tv je.hehee..

Friday, January 6, 2012

Wednesday, December 28, 2011

Bunga Sabun

hmmm tengah google cara- cara buat bunga sabun...terjumpa la cara - caranya..nanti balik kampung ni nak buatla..hmm kenapa ek?hihihih adela..xnak la copy dari page lain pic nye,tunggu i buat nanti baru ai snap pic .wish me luck!!