Friday, December 2, 2011

Hooray hooray..its a holi holiday!!

cuti sekolah dah mula..sebulan lebih duk umah..time time nilah nak cari pakej kawin,nak g nilai,nak cari tu cari ni..huhu.tired weh!!tapi demi merealisasikan impian i,i oke je :)..xtaw nk nulis ape..bila cuti semua jadi malas..cuma happy holiday la yeh :P

Tuesday, November 15, 2011

hadiah paling bermakna..:)

Dah lama x post.laptop rosak lagi.ahhh!!!geram!!.orang sengheng cakap kalau laptop ai rosak above rm 500,sengheng ganti laptop baru.masalahnya,baiki banyak kali pun tetap below 500.pandai sungguh pakcik itu.aci ketuk kepala pun mana ada orang nak bagi free je barang yg dah rosak.ibarat kata beli buah mangga kat kedai.pastu rosak.pastu balik semula ke kedai terbabit tokey tu bagi buah stoberi.memang x laaa,kan.
okey stop merapu.

recently was my birthday,dan ini adalah besday paling best-ever...luckily semua kawan wish,including my besties, lyn halim ngan effa.thanks korang.encik tunang plak suprisekan ai dengan buku yang sangat2 bermanfaat dan menarik.hehe taw pun ai suke membaca :D.
nila bukunya.:)

tersentuh betul dengan isi buku ni. bagus sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

esoknya plak,12 November,tak tahula Shah Alam tu kecik ke apa,macam novel plak,terserempak dengan my ex..actually nothing happen pun.terserempak je.biasala,jawapan standard artis- no comment..xda drama,xda lagu ' LAMUNAN TERHENTI'.hanya lalu -lalu ayam sahaja.buat2 macam xnampak.
xkan i nak komen benda - benda sensitif pastu minta maaf kat public.lebih kurang macam nila 'sorry i ketuk kepala u all semua,i xsengaja'...


sori,merapu lagi.
okey.i suggestkan sesapa yang nak mendirikan rumah tangga baca buku ni key.lepas ni bulih jadi calon isteri mitthali.:)



Wednesday, November 2, 2011

sakit hati..ouch!!!

Hai,Salam Satu Malaysia..duhhhh..macam berita plak..dah lama ai nak post,tpi stuck kat dalam fikiran,xde idea..tapi tiba- tiba je terlintas kat fikiran..pasal list senarai perkara yang menyakitkan hati tahun ini,2011 ..kita ni pun dah hujung tahun,jadi ,peristiwa sepanjang tahun ni memang ai ingat.....ni carta perkara- perkara yang SUPER DUPER MENYAKITKAN HATI bagi tahun ini yang dikarut oleh cik rieana..

Tempat Pertama (PALING SAKIT HATI)
Hutang si polan yang berjumlah 3 k++ - nilah yg paling ai xkan maafkan...dia bulih wat muke sadin je,cakap banyak tak gune.aci ketuk kepala pun ai xkan halalkan..tengok je fesbuk beliau,kemain lagi gambar bercutila,hapala...bergaya kemain,duit ai x nak bayar..pengajaran..jangan melepaskan anjing tersepit..disebabkan si polan ni,sikap 'jual ikan' ai dah meningkat sikit..kalau dulu,senang tolong orang,skang ni,kirim salam sebakul la..biarla kedekut ,jangan nanti kusut ..duh..emo plak..adei..to that person..ai xkan maafkan you,until you bayar hutang u ni..cesss~~


Tempat Kedua(SAKIT HATI):

Bekas rakan baik yang mencampuri urusan hidup dan keluarga..Buat sahabat.kita pernah susah senang bersama sejak uni lagi.bila ai ada buat silap,u tegut,tapi bila bab family ai, n relationship ai yu nak campur,dah too much,dear..bila ai x pergi besday anak yu bukan main u kutuk2 kat fb..hmmm.kita dah dewasa..stop being childish,u are a mother and a wife!!tapi, ai maafkan u....sebab u ada waktu susah senang,cuma nak baik mcm dulu susah..nanti yu merajuk plak time ai x dapat join u g jalan sebab ai nak teman hubby ai..


Tempat Ketiga(BOLEH TAHAN SAKIT HATI)
hmm.orang yang pengecut,lari daripada masalah...pastu delete ai dari face book.apa la salahnya selesai masalah dengan bertemu muka?tapi xpalah,mungkin jodoh kita xda.and thanks to ALLAH,sebab temukan ai dengan tunang tersayang,selepas diremuk redamkan hatiku ini oleh individu yang kijam..ai maafkan yu.sebab jodoh kerja tuhan.






Tempat Keempat (SAKIT ATI SIKIT JE):
Bekas Boss ...ni kat tempat kerja lama..tapi xmau la sebut yang mana. bab ni no komen.tapi memang sakit ati.ai xnak ingat pun pasal u..nasib baikla Allah tempatkan ai di tempat yang saagat best skarang :)





Tempat Kelima( DULU SAKIT HATI SEKARANG TAK):
Makhluk yang langgar baby anne ai..huh.langgar belakang, pastu lari..aduiiii.....alhamdulillah la,ai ada duit,ai dah mekap baby anne ai,dah cantik semula..kepada u yang langgar keta ai,ai xmaafkan u,tapi ai rasa ai dah lupa kot,skang je ingat..


p/s: kepada kelima lima insan ini, ai doakan yang terbaik,yang hutang,ada duit nak byr,yg lain,semoga berjaya dan suksess dalam hidup.xda guna simpan dendam.apa yang penting,kisah sedih ni simpan sebagai peringatan untuk diri sendiri..

Wednesday, October 19, 2011

kadang kadang..

kadang kadang kita teringat dan rindukan orang yang penah ada dalam hidup kita,
tapi pernah tak kita fikir entah2 dia lagi gembira bila kita takde,

kadang- kadang kita fikir kenapa dia bukan jodoh kita,
tapi pernah x kita fikir Tuhan akan temukan kita dengan orang yang sangat - sangat membahagiakan kita,


kadang -kadang kita fikir dia yang terbaik dan yang paling kita sayang,
tapi pernah tak kita fikir sebenarnya masih ada yang lagi baik dari dia dan sayang kita malam dan siang

kadang- kadang kita fikir kita dah cukup kecewa dan x akan gembira,
tapi pernah x kita fikir satu hari TUHAN hadirkan seseorang yang cukup sempurna untuk temankan kita


kadang - kadang kita fikir,masa yang lama tu jadi pengukur harga cinta dan setia,
tapi pernah x kita fikir orang yang hanya sekejap jumpa terus serasi dengan kita selamanya

kadang -kadang kita fikir  kenapa kita pentingkan diri sampai tak cukup tabah untuk pertahankan kota yang kita bina,
tapi pernah x kita fikir yang membina kota baru lebih baik dari membaiki kota yang sepatutnya dah terkubur lama.

kadang - kadang kita fikir alangkah bagusnya kalau kita dapat undur masa dan kekalkan perkara lama yang indah,
tapi pernah x kita fikir bahawa masa bukan terletak di tangan kita dan lebih indah jika sesuatu perkara itu berubah...

dan...

kadang- kadang kita jengah balik kenangan lalu,kita rasa sayu dengan kenangan lama,
tapi pernah x kita fikir kenangan baru yang bakal dicipta lebih bermakna ,sebab....


kadang - kadang DIA hadirkan hujan sewaktu panas membara.
tapi pernah x kita fikir,selepas itu akan ada pelangi yang cantik untuk mewarnai suasana...



Tuesday, September 20, 2011

fully booked

saye dah ditempah!!alamak ..ayat sentap ni.
Mengisahkan ceritera sebelum kami bertunang..hajat di hati nak buat majlis risik.kemudian,saya dan encik tunang membuat keputusan nak bertunang.okey..everything went very well.:)walaupun lepas raya,dan planning tukar kepada pertunangan xsampai 2 minggu,tapi semuanya ran smoothly.

pertunangan impian i:
simple,sweet,si dia x ikut (duduk luarla..coz berdebar tgk muke si dia :),majlis yang sederhana,dihadiri keluarga sahaja,3 berbalas 5,kamera sebuah dua je yang ada

reality:
jiran - jiran datang,ada pelamin,si dia datang (hensem berbaju melayu,okey?),meriah sikit dari sederhana,5 berbalas 7,mak ai..banyaknya kamera..mana satu nakpandang nih?

kesimpulannya,kita hidup bermasyarakat,orang melayu ni bersendikan kata 'biar mati anak,jangan mati adat'..walaupun ai ni kacukan filipina dengan korea tapi darah melayu masih ada..(ahahaha!!)so walaupun kita berdua or dgn family, planning nak simple je,tapi kita kena consider sedara mara weh...kita ni bukan duk kt Pluto..Ade paham?opss kena berhenti menaip..semut hurung ai,sebab ai darah manis..ehek!!

Tuesday, September 6, 2011

direnjis renjis,dipilis!!

tengok entry dah tawkan ai nak post pasal ape?hikhik (malu~~)emm start bulan depan ai nk kena beli barang hantaran dah ni:).so dari semasa ke semasa,brgantung kepada degree kerajinan ai,ai akan post pasal kat mane ai beli,harganya berapa..sebagai panduan u all semua..meriah itu mesti tapi kesederhanaan itu kewajipan :).xmo komen pasal ni byk2.kang orang ingat ai PDA a.k.a 'public display of affection' plak dengan si dia tu..diam diam sudaaa (diam ke ?):P

Thursday, September 1, 2011

Raya, Diet dan Saya

hai..selamat hari raya guys!!!dah raya ketiga dah..setat dari raya first tu dah macam2 sumbat.rendang la,satela,nasi minyak la.alomnd london la.adei...se'eh (bahasa pasar ni wehhh).. perut nih.memangla makan sikit2 tapi sikit - sikit lama2 jadi bukit la plak..so arini ai telah mengambil keputusan drastik dengan berpuasa .arini n esok ai nak puasa.
mulai arini, 1 September 2011, ai nak diet juga.rasanya dah berpuluhkali diet,tpi xjadi jugak.knp ek?tak taula..motivasi kurang ke apa?so mungkin melalui blog boleh remind diri sendiri kot.nak turun 3 kg.kaalu lebih karang kering plak.ai nak secara rileks je..tetap makan cuma kurangkan.kalau rasa mkn byk pose le.haish, ade habuan ni kalau kurus.so secara rasminya sy melantik hosmate saye,Lyn Halim sebagai penasihat saya dlm menjayakan diet saya,dan secara rasminya diet dimulakan hari ini.muktamad.tapi jgn offer saya choc cake ye !!:D

ni saya senaraikan apa yang sy nak buat untuk mencapai misi ni:

1)makan nasik siangje.sarapan makan berat.tengahari makan secedok nasik je
2)xmakan fastfud(ala ni pun dah 3 bulan x makan)
3) teruskan pakai PB saye.
4)minum air masak byk2
5) kalau ade mase g la jogging.
6) join aerobik kat skul.

p/s: harap boleh achieve target dan kekalkan..yela tahun depan nk kawen weh...!!!:D