Tuesday, April 26, 2011

anak itik yang hodoh...

pernah dengar tak pasal anak itik yang hodoh?..cerita pasal anak itik yang paling hodoh antara adik beradiknya..semua orang cakap dia hodoh.dia sangt sedih..tapi dia membesar n jadi cantik sebab sebenarnya dia seekor angsa putih yang cantik.End of story.

      Sekarang aku nak story pasal kehidupan itik hodoh yang bertukar jadi cantik tuh.kira cam kehidupan aku la.Dulu masa kat mrsm dulu..aku macam Ugly Betty..dengan pakai spec besar.muka bersegi.Paling sedih bila TIME REQUEST DAY.Kawan kawan aku yang cantik dapat coklat.aku?harem....masa aku kat tingkatan 1 lagi sedih..aku kena gosip dengan class mate nama zul azri..dia malu kena gosip dengan aku sebab aku banyak jerawat..sedih gila..aku memang membesar dalam kekurangan keyakinan diri.tapi aku janji satu hari nanti aku akan berubah..


      Aku masuk u aku belajar bersungguh-sungguh..cara pakai berubah..dah xda jerawat...dah kurus sikit..dah ada boifren(walaupun x thn lama)hihihhi.aku transform jadi 'beautiful swan'.aku jadi centre of attention..aku terkejut ..mula2 aku suka..tapi pastu..

      Ada saja berita pasal aku...selalunya berita yang male collegues cakap aku sombong...yang peliknya perempuan XPLAK...masa aku kerja jus** dulu, sampai pak guard siap sms aku cakap aku go after mamat yang ada honda. puncanya ada sorang mamat tu suka aku..dia pakai honda civic hantarkan aku balik tuje.pastu xlama lepas tu adalah ex sekejap aku ..anak orang kaya..pakai honda  accord.kejap2 pakai bmw..tapi tu mak dia punyala..padahal aku xtaw pun dia anak orang kaya.disebabkan dia chubby..orang panggil aku dan dia beauty n the beast.aku putus dgn dia...pastu mcm2 dugaan aku tempuhi..

     aku gaduh dengan pondan..dia tarik tudung aku kat selling floor...sebab dia suka kat kawan aku..dia ingat aku suka kat mamat tu jugak...  Sampai pengkid pun suka aku ..adoi.....aku penat...bila aku masuk kerja baru ni,g kursus...yang suka  kat aku laki orang pulak...aku rimas..lemas..apa yang aku buat serba x kena..bila aku layan..kata gatal.bila aku x layan kata sombong...skang ni kat tempat baru ni pun sama...aku kena gurau lucah2 ke nak diterima diorang?aku kena keluar dengan diorang ke baru diorang cakap x sombong?kadang2 aku terfikir..ikhlaske lelaki yang suka kat aku?kalau aku hodoh.diorang terima aku x..kalau aku dah x cantik....aku disayangi lagi x?
inikah harga yang perlu dibayar bila dah jadi cantik?hmmm..

h/p:ada pro n kontra nya...manusia sentiasa x berpuas hati dengan apa yang dia ada.manusia juga selalu xpuas hati dengan apa yang dia tiada...itulah manusia..senang cerita..pekakkan telinga!!

Wednesday, April 13, 2011

SELF CONFIDENCE - DONT JUDGE THE VOICE BY ITs SOUND :p

Semalam aku tengok wayang dengan LYN.housemate aku.seorang blogger veteran.(ngeh ngeh...) kitorang menonton cerita Source Code. tapi post aku bukan nak review pasal cerita ni..aku nak cerita pasal benda lain.cerita ni kalau korang nak tengok..erm... bulihla...aku bg 2 setengah bintang jer...

        Pendekkan cerita..masa lampu cinema dah padam..tengah rancak2 iklan...masukla 2 orang makhluk dan duduk disebelah aku..mule2 okeyla pastu.....(jgn pikir biru ye..dua dua tu pompuan..hihihi).

        Aku baru nak menghayati cerita tu,tapi diorang pompuan sebelah aku ni,sibuk berbual2...bila tiba scene Jake Gylenhall kat Chicago diorang pun berkate2 dgn ala - ala mat saleh campur melayu....oh..i've been there... eee kat situ la....tu x  termasuk dengan makan popcorn...letup2 kan chewing gum...dengan komplen kerusi cinema bau spender x basuh..(aku rase diorang taw sebab spender diorang x basuh kot..upss..).pastu cerita pasal boifren la...

        Yang aku paling bengang.. diorang berdua jawab call tgh2 cerita..dan gelak kuat2 yang pada aku setakat lawak kering je oleh hero..xlayak nk gelak kuat2 pon..patut gelak tersipu - sipu jer.
dalam hati aku memang menyumpah2..aku tawla diorang ni lawa..educated...fashionable..anak orang kaye...(mane aku tahu?ala....based on percakapan diorang..aku membuat perkiraan sendiri...:P)
Akhirnya masa cita x berapa nak best ni habis,aku pun xsabar2 nk cerita dengan LYN. tapi aku pandang belah kanan aku..nk tengok jugak....orang yang memekak selama aku tgk wayang tadi..tiba - tiba terkejut aku..mak ai....ingat cun gila....GEMS U ALL!!! aku ingat cun gila macam model(berdasarkan perbualan mereka yang aku terdengar).CEH.......

H/p:
1.Kalau yeapun nak upkan self confidence,x perlulah nak menyakitkan hati orang lain...nk terlalu berlagak..aku tahula sesetengah golongan low self esteem,buat perangai camni dengan nak beritahu orang lain their existance  sebab nak gain confidence. Tapi xsemua mcamtu..ya,..kita boleh gain keyakinan dengan beritahu diri kita cantik seperti orang lain..kita boleh..tapi jgnla sampai orang meloya....uwekkk...


2. Dont judge the voice by its sound - terutama lelaki..dengar suara dah jatuh cinta..rupanya...ngeh ngeh ngeh..sendiri mau ingat :P



Sunday, April 3, 2011

LAT KAMPUNG BOY REVIEW.

Semalam singgah kat ISTANA BUDAYA tengok   menonton teater LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL..emm menarik...tayangan start 8.30.. sampai 11.30..adala rehat 15 minit.  so far ni first time aku layan teater..syok jugak...tapi aku rasa 'ke bestan' teater ni bergantung kepada jalan ceritanya...pelakonnya...muziknya..tayangan LAT ni sampai 5 APRIL..yang lain semua sold out..yang 5 April je tinggal. okey.kalau aku cakap byk2 kang korang bosan..jadi aku nak ulas la sikit pengajaran yang aku dapat dari teater LAT ni. Aku bukanla pengkritik profesional..aku ni amatur je..so ni la yang aku digest dari kaca mata seorang amatur:)



1) DO WHAT YOU LOVE..LOVE WHAT YOU DO (DWYL,LWYD) - ni kata2 cikgu Lat yang bersanggul tinggi..Mrs Hew....hehe Mrs Hew ni menggalakkan anak2 muridnya menceburkan diri dalam bidang yang diminati..beliaulah penggalak Lat supaya Lat terus berkarya...betultu..kita mesti cuba capai benda yang kita minat..jika kita xdapat capai apa yang kita minat...cuba cinta kepada apa yang kita lakukan..contoh paling tepat:KERJA :)



2)JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT - Lat ada kawan baik sewaktu di berpindah ke Ipoh..namanya Frankie..Frankie ni town boy, anak orang kaya..cita - cita nak jadi penerbit muzik..walaupun ibu bapanya nak hantar dia ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang accountancy. Lat terserempak dengan Frankie sewaktu di London.Masa tu Si Frankie dah jadi penerbit muzik yang famous. dia xnak balik Ipoh sebab happy dengan kemahsyuran dia..Lat menasihati la kawan dia..x lama kemudian si Frankie ni pun balik Malaysia sebab hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri. yang best kampung kita jugak:)

3) JANGAN TAKUT MENYONGSANG ARUS -
aku kagum dengan Lat...1.Dia berani hantar naskhah komiknya '3 SEKAWAN' ke penerbitan masa dia dia umur 13..dapat royalti pertama RM 25..masa tu komik dia berharga 35 sen :)..2.dia berani masuk kelas piano yang mana,budak2 kecik je main piano dia sorang je lelaki dewasa..dan kat situ la dia jumpa isterinya Faezah. 3.dia berani menyatakan ideanya kepada bosnya Pak Samad untuk membuat komik berdasarkan kehidupan di kampungnya pada masa lalu..ohh so touching :)..pendek kata..kita kena berani mencuba..:P


4) TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG PULA TEMPAT BERMANJA - Lat sangat menyayangi kampungnya..sebab tu dia xnak pindah..daripada teater ni aku tengok Lat sewaktu kecilnya mempunyai ramai kawan2..dia xpernah lupakan kawannya..dia x pernah lupa asal usulnya..macam kitala...sejauh mana kita mengembara..janganla lupa asal usul.

5) BULAN DAN MATAHARI sama menyinari BUMI - ni nasihat ayah Lat pada dia..nipun dalam fikiran Lat je..masa tu Lat ada krisis rumah tangga kerana terlalu sibuk sampai Faezah kecil hati..Lat kemudian terkenang arwah ayahnya ..bagaimana arwah dapat membahagiakan ibunya..hehehe. Kata ayahnya,BULAN sentiasa bersinar 24 jam..tetapi pada waktu siang..terangnya cahaya MATAHARI,menyebabkan sang bulan xnampak sinarannya pada waktu siang....samalah seperti suami (matahari) yang sibuk bekerja untuk keluarga..tapi perlu membahagiakan keluarga dan isterinya (bulan) dengan meluangkan masa bersama mereka..matahari x pernah overshadow bulan ketika malam tiba dan begitulah sebaliknya.masing- masing mesti saling memahami :)

h/p: aku suka teater ni...menarik..aku bg 3 setengah bintang la..:)tapi masa akan datang ..kalau ada teater Merong Mahawangsa aku nak tengok..tapi pastikan abang STEPHEN RAHMAN la jadi heronya.. :P

Saturday, April 2, 2011

what make the venusian turn off

ok venusian tu a.k.a perempuan (refer  mars vs venus by john gray ) .....venusian akan turn off bila...

1) martian yg menunjuk2 - muke hensem or keja besar or gaji banyak or beli keta mahal - x yah la nk war2 kan kat orang.jadila humble.ni semua benda nak bagitahu..post kt fb excited terlebih..lagi satu perempuan yang jujur  xkan kejar harta anda ok?what point menunjuk2?

2)martian yg ego- lelaki mmg la kena ego..tapi kalau dah ego sangat...sampai nk memujuk or say sorry pun payah ...emmm gtg la...u r expired (macam lyn cakap hihihih)

3) martian yg kuat cemburu - baru kawan dah check hp apa kes?

4)martian yang desperate : 'tolongla terima i....u la kriteria perempuan yg i cari ...." - xlama pastu? bubye..

5) martian yang lampi (lambat pick up): xtawla..mungkin dia dulu seorang yg skima or sekolah lelaki...xda perasaan..hati kering..or wat eva...

6) martian yang suka memaksa- sikit2 paksa partner dia join tula suka ni la...

7) martian yg womanizer: mana ada orang suka.....ada ke?martian yg suka flirt...haish x bulih percaya ni

8)martian yang xda perasaan:dia x perasan pun partner dia bengang ke..jeles ke..majuk ke...errr..x alert langsung

9)martian yang cakap kasar :waaaa kasarnya bahasa..... x maulaa...

10) martian yang  terlalu bz dan x nak komitmen : sampai birthday sendiri pun x ingat.....

ps:ada sesiapa yg mau post pasal what makes guys turn off?nk taw jugak