Thursday, March 31, 2011

top 5 my wanted list (before 30)

semua orang merasa tense dgn tempat kerja..x terkecuali aku yg baik dan naif ni...jadi orang cakap,nak meredakan ketegangan..maka fikirkan benda2 yang kita suka..motivate kata orang..ok kita mulakan dengan benda2 remeh dulu...



1.a good make up kit (estee lauder block buster set)- aku memang nak benda ni dari dulu lagi...tunggu la bulan 9 ni...akan kulabur duitku sikit..hihihi

2.a good handbag- ni pun ikut nafsu jugak..takpala..nafsu nak melawa..bukan nafsu yg xx pon...paling penting aku guna duit sendiri..

3. a good vacation - oversea la of course..teringin betul la....orang lain semua dah rase..aku je belum..so...next year..dapat je dividen..Bali jum?



4. A nice house - tunggu duit kwsp la lagi 2 tahun...aku nak beli rumah yg selesa for my parents....rumah lama sewa la...duit nya aku amik..wawawa..bes bes



5..lastly… - a six pack,  a rich  a good  +loyal + non smoking  hubby yang beriman ..boleh membimbing ke arah kebaikan.. paling lekeh macam fahrin ahmad…ermm boleh before 30 ke?:)


Thursday, March 24, 2011

Why Men Marry Bitches!!!

akhirnya..settle juga pembacaan aku .best buku Sherry Argov ni..byk tips berguna.buku ni entirely pasal lurrrrve la....pasal a woman's guide to winning her man 's heart.aku bagi 4 bintang.Memang boleh dijadikan panduan :) pendek kata,x perlu jadi gedik dan seksi seperti Paris Hilton to chase him.hehehe..kat sini aku nak share sikit la pasal apa yang aku dapat jadikan panduan dalam menjaga relationship :).anyway,bitches dalam konteks buku ni bukanlah pelacur.bitches bermaksud perempuan yang in control,x tunjuk yang anda perlukan lelaki sangat2.tu maksudnya ...ni aku perturunkan beberapa isi penting buku nih :)

1) peraturan telefon :telefon  pagi petang siang malam?kirim salam la kalau korang nak kekal dengan dia..ingat dia suka ke?kekerapan telefon setakat nak cakap rindu,buat apa,kat mana?sampai mengganggu kerja akan menyebabkan dia x sabar nak cakap bye kat anda.bagila ruang kat dia.hadkan call sekali sehari.tupun dekat nak tidur.

2) sms berpanjangan?terpulang si dia jenis macam mana..tapi sms waktu kerja sangat2 mengganggu.

3)dia x sms@ jawab call anda sehar suntuk?anda x taw dia ke mana?solusi?jangan marah2 da...nanti dia ingat anda x memahami dia....apa kata anda pun buat macam dia buat?x call dia,x jawab sms dia..tengok setakat mana dia cari anda. ;P

4) bila dia call anda tanya anda buat apa?jangan sekali2 cakap anda tengah teringat kat dia..mungkin anda ingat ni sweet,,tapi TIDAK.lelaki akan ingat kita dah lemah dengan dia.jawablah anda kemas rumah ke,shopping ke,tengok wayang dengan housemateke,jogging ke..jgn sekali2 tunjuk yang anda x boleh buat apa tanpa si dia. jadi wanita yang independent

5) dia cakap dia x suka anda pakai baju x, y,,sedangkan baju2 ni kegemaran anda?kecik ati babe..rileks..jangan mengalah...hanya beritahu..lain kali, kalau saya nak pakai baju ni, saya beritahu awak dulu k,nanti awak boleh decide nak keluar dengan saya ke x...(with smile :)

6)anda terfikir nak menguratnya sebagai bakal teman hidup anda?berpakaian dan berperangai seperti Paris Hilton TIDAK AKAN membantu..

7)no body's perfect - kalau anda keluar dengan dia,tunjukla sikap anda yang sebenar..(tapi jangan lepas laku plak..) be natural...x pyh poyo2 cover,ketawa ayu gila,sedangkan anda ni havoc!!!lagipun sampai bila anda nak control?

8)kalau dia tanya "apa rancangan awak dalam masa 2 tahun?"- jgn jawab :kawin dengan awak,dapat baby comel...GTH..okey? jawab lah "saya ingat nak beli rumah,nak melabur dalam unit trust,sambung belajar.."part kawin, biar dia decide...ingat..jodoh x kemana kalau ada dengan dia.meminjam kata lin....jangan asyik fikirkan wedding day..apa yang kita perlu fikir adalah marriage.hidup lepas kahwin,ok? "bak kata Sherry Argov "the bitch does not hint about marriage or ask,"where is this going?" instead,she hints about the removal of HERSELF from the relationship"

9)kalau x suka sesuatu benda..voice out kan..x pyh simpan2..merajuk2..dia suka orang berterus terang.tapi jangan kasar,ok.dan kalau anda x suka dia buat sesuatu perkara,beritahu.tegas.asertif,ok?

10) jadi sedikit misteri..ceritakan sikit,simpan sedikit lagi..cerita sedikit,simpan sedikit lagi..x perlu buka mulut kalau dia x tanya..contoh "awak semalam pergi mana?"jawab sahaja oh saya pergi xxxxx." x perlu cakap oh saya pergi bla bla bla...dengan bla bla bla...balik pukul bla bla bla.....

11) dia tinggalkan anda?go on..jangan merayu..INGAT...JANGAN MERAYU..u deserve better..i've done this.. :)it is so damn true....kalau dia rasa kehilangan anda,confirm dia yang merayu balik.so..berlalu pergi bila dia request!

12) dia x perlukan seorang lagi ibu!!x perlula membebel mengenai cara pakaian, pasal tu pasal ni...kalau macam tu baik anda kawin dengan ayah dia


13) beri sedikit ruang..x perlu berdua hari2.setiap masa anda perlu spend time dengan kawan 2 anda juga.jadi seperti merpati..ingat, sesuatu yang rutin akan mnyebabkan kebosanan.

14) si dia declare single di fb?anda jangan marah..buat benda yang sama...make thing that equal to him.dia gedik2 dengan girl lain di fb?anda jangan tunjuk marah ..anda pun ada male friend rite?tapi jgn tunjuk murah,k?x perlu upload pic yang menunjukkan anda dah ada si dia bersama - sama berdua.the more control you have over urself,the more of hold u will have on his heart.

15) anda terlalu high mantainance?sampai makan kat mamak pun x boleh?pastu mak ayah masih support kewangan anda?kirim salam la kalau dia nak lama2 dengan anda..be down to earth la sikit..xyahla mekap beria2 sangat.. less is more...men dont judge how much money you have.they notice how u budget what you do have.

h/P: i recommend this book...very interesting.. ingat..he 's not finding someone perfect..he 's finding someone interesting..and so do u.

Saturday, March 19, 2011

how to treat your friend during your wedding day

Direnjis - direnjis dipilis..ditepungi lah tawar...wah-wahh... musim orang kenduri ni...kenyang makan nasi minyak ek..tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal persediaan perkahwinan...tapi nak cerita pasal bagaimana nak menjaga hati kawan di hari perkahwinan korang...walaupun aku ni x kahwin lagi,tapi pengalaman menghadiri kenduri perkahwinan menyebabkan aku peka juga dgn  keperluan rakan2 sebagai jemputan.sampai kekadang tu jemputan kecil hati sebab pengantin buat dek je kat dia..yelahh tawlah bizi..hari ko kahwin..tapi...xkan la jadi selfish plak kot kat kawan2 baik?kalau diorang sanggup datang dari jauh plak mcamana?emmm no komen.so ni dia cara2 nak treat kawan2 anda supaya x kecil hati sewaktu menghadiri perkahwinan anda....


1)untuk kawan2 yg baik /rapat dengan anda,bagila kad..xkan sms je kot....

2)luangkan masa sms tanya kawan baik anda..dapat x kad anda?boleh pegi x?kalau dia xdapat pegi jgn marah...xpelahh ..fahami masalahnya..

3) masa dia dtg ke kenduri anda..ucapkan terima kasih..dan senyum..:)

4)bagi perempuan..mesti kawan2 anda akan menjengah anda ke bilik pengantin...so janganlah buat bodoh kat dia...sesibuk manapun anda..walaupun anda tgh ambil gambar,pinta cameraman anda tu berhenti sekejap,sambut kawan anda,ckp terima kasih..beritahu dia anda minta maaf xdapat layan dia sesempurna mungkin dan jemputlah dia makan...

5) kalau dia bagi hadiah,ucap terima kasih..jgn buat bodoh..sampai dia tertanya2 kat mana aku nak letak hadiah ni?sampai berkali2 sedangkan anda sibuk pose (pose bergambar okey,bukan puasa).

6) simpan sedikit gift beg untuk kawan2 dlm bilik pengantin,jadi bila diorang jengah anda kat bilik,anda terus boleh bagi.yela..xkan la dia nak mintak pulak..mmgla penanggah bagi bunga telur or gift bag kat tetamu..tapi kekadang penanggah x perasan..orang dtg ramai sgt..

7) kalau anda mmg betul2 bizi xsempat nak cakap hai or terima kasih kat kawan2 yg datang,sebab anda pengantin glemer atau popular,anda buatla majlis khusus untuk kawan2 rapat anda..xsalahkan..

8) kalau kawan anda nak bergambar dgn anda,luangkan masa bersama mereka...ucapkan maaf kalau anda terpaksa beredar.

9) luangkan sms terima kasih or bagi thank you note kepada kawan2 or sedara mara anda.

10) kalau kawan anda sms anda sebab komplen pasal layanan anda...ucapkan maaf..dan terima kasih..yelah..dia berterus terang tu kira okla...kalau dia buat dek je dan terus diam simpan dlm hati..lagi haru..

ingat..tanpa hadirin dan kawan2 anda,majlis anda x bermakna...malu babe kenduri xde orang..erm...renung2kan an selamat beramal..:P

korang dalam versi katun?



http://www.faceyourmanga.com..ni adalah link yang aku jumpa kat just khai tadi..aku pun klik.try la ubah rupa korang dalam versi katun.tapi satu yg x best..dalam versi bertudung xdeke?meti comell..hihihi

Wednesday, March 16, 2011

why men marry bitches!!

hmmm baru balik karaoke dengan housemates tercinta.....dan tengah mengulang baca why men marry bitches by sherry argov.nan ti aku post ek pasal ni :)

Saturday, March 5, 2011

ini kah perempuan?-Vanity Drive Book Review



hmmm rasa lama pulak x post..currently im reading Vanity Drive .author dia Yvonne Lee.Beliau ni orang Malaysia.Aku dah pernah baca sikit2 buku dia yg lain - The Sky is Crazy..pasal kerjaya pramugari dan gelagat yg diorang kena tempuhi masa fly..heheheh!!klako..bahasa dia best...fyi,beliau ni bekas pramugari,dan bekas finalis Mrs Malaysia.. ^_^.
ok,back to my post...aku nak ceritakan sikit pasal Vanity Drive atau kalau di translatekan secara literal nya jadila "keinginan kesombongan "..adei pening2 kalau nak difahami dari tajuknya...so better dalam english je.tapi yang aku faham,buku ni tentang sikap perempuan ..apa dia ek?



1)alergik dengan 'hair' yang tumbuh di badan - armpit hair,bulu kaki..dan lain2 lagi..x yh la ckp..i malu :P sebab tu la ada Veet,Brazillian Wax (euww),Shaver for Women..ni btul jugak..betul x,kalau perempuan tu cantik,ada armpit hair,adei geli taw....ni bukan pasal yakin x yakin,tapi ni pasal rutin kecantikan...xde maknanya perempuan tu cantik kalau 'yg x sepatutnya' tumbuh melata ..hihihihihhi...bygkan,seorang perempuan yg cantik,tapi bulu kaki lebat macam lelaki...omg.......thanks to Veet(again!!)

2)obses dengan jisim badan - hahahaha...aku pun..x usah nk cakap orang la....nak naik penimbang pun takut..selalunya kita akan tanya si dia....saya gemuk ke?pastu mesti dia serba slh nak jawab - sama ada dia jawab,'xgemukla..berisi sikit je'...x pun dia ckp 'a,ah naik sikit, tapi x gemuk...'tapi kita tahu tu tipu..tapi penimbang x boleh tipu..kita pun dietla..siang malam..jogging lagi....tapi bila x turun berat kita jugak fed up..pastu kita pastikan yg baju2 pilihan akan cover peha, perut...hihihhih....dan selalunya,rumah bujang perempuan akan ada penimbang...betul x?hahahaha memang betul la buku ni tell us about what drives women...

3)concern dengan saiz  'twin' - tipula kalau perempuan x concern..kalau x apa guna Payuda tu?Apa guna Breast Cream tu?hmmm masa mula2  akil baligh mmg la malu,tapi bila dah dewasa kalau si kembar tu x membesar sepatutnya mesti perempuan tu risau..(x termasuk pengkid hahaha!!dah jadi perempuan nak jadi lelaki ..adoiyaii)pastu mesti terfikir takut2 si kembar tu 'jatuh'.....macm2 la pakai..krim la,losen la,letak silikon la...pakai baju yg dedah cleavage la..pakai span tebal2 la..huhuhhuhhuhu..no komen pasal perkara ni..sebab im a woman ^_^ tapi terpulang la pada masing2 punya pendapat..

4)Risau dengan keadaan kulit - cerah ke?makin gelap ke?berkedut ke?...its so damn true.. perempuan sejati risaukan keadaan kulit nya..kalau x risau tu x berapa sejatila...aku?erm umur 13 - 24  :risau pasal jerawat... umur 25 - sekarang:risau pasal ageing..hihihih....bukan x nak tua taw...cuma kalau boleh biarla umur 30 tapi muka macam 25 :P..begitu banyak produk kecantikan kat luar yg anti ageing,prevent pimple.u name it...dari semurah2 hingga la semahal2nya ...dan mostlynya modelnya perempuan..tapi aku respek kalau lelaki concern pasal ni...:)sebab beauty routine not limited to women  only.. dia nak kita cantik,dia pun kena jaga kulit dia...:P



5) Kasut tumit tinggi : Anda perempuan sejati?tipu kalau xde tumit tinggi...:P  kalau jenis yg obses kumpul kasut tu lagi haru..half tu kalau boleh  high heels je..aku x byk sgt high heels..dalam  3 ..5 pasang kot..kenapa tumit tinggi?sebab tumit tinggi boostkan confidence level kitorang..lagipun high heels ni helah supaya nampak lagi kurus...:P lagipun high heels kan statement seorang perempuan..adeke lelaki pakai high heel?hahaah nyah adala...walaupun kaki sakit memanjat tangga shopping complex sebab pakai high heel,tapi keanggunan penting...dalam kereta tanggal la.. :P

6) usia:hahahaa..no komen....i stop counting my age when i reached 26 :P


7)everything about make up,make over,bla bla...- tipula kalau anda ni perempuan sejati kalau x pernah pakai bedak compact di muka @ secalit lipstick..betul?kalaupun anda ni jenis x mekap,mesti ada juga bedak ditempek di muka..kalau jenis yg beauty conscious ni jangan cerita la..aku xdela byk sgt...cuma ade moisturiser,lipstick,compact powder,loose powder,lipgloss,eyeliner..mascara...dan aku jamin aku ni kira x bermekap sangat..mesti korang lagi byk ni...pastu aku pernah make over muka adik aku guna mekap mak aku masa kecik....hasilnya? cubitan di tangan..biasala..kanak2 perempuan pun teringin nak mekap..Yvonne Lee ni pun sama macam aku jugak.. :)..dan ramai perempuan x keluar rumah tanpa mekap...betul?

8) Logo Mania - handbag jenama Guess, Kasut pun Guess..hmmm tudung Ariani..biasala..ni untuk middle class punya golongan.. aku rasa high class mesti LV..Aku?x berapa kisah..tengah2..cikai2 pun x juga...sekadar nampak cantikdan aku ada statement diri aku sendiri :) tapi sebenarnya kumpul jugak duit nak beli Guess satu...hihihihi...sebab apa?ni pun mungkin berkaitan confidence level jugakkk.Perfume pun satu...haaa  ni baru kegilaan aku..Logo Mania?Mungkin..aku suka CK Euophoria...ni kira branded perfume jugak...xkan nak guna yg pasar malam kot...tapi depend la pada korang:poket dan status kewangan..

9) Sanggup sakit untuk cantik :betul sangat.. contohnya pakai girdle,corset...nak reshape badan?kenapa?sebab nk cantikla!!barula nampak voluptious sikit....adeke corset designed for men?hahaha!!!

10)mesti ada berbagai2 jenis bag-dan dalamnya berbagai2 isi..ada handbag rasmi pergi kenduri,bag untuk jalan2...ada purse comel sampai nk letak hp pun x muat...hihihih..aku ada sikit je..5 or 6 beg je..


11) off dari majlis,pergi toilet berias depan cermin: pergi tandas.hadap cermin.betulkan apa yg patut:pakai bedak..lipstick?kenapa?sebab perempuan la!!!

hp: perempuan kan makhluk yang cantik+ bernafsu 9..nafsu untuk tampil cantik adalah salah satu daripadanya..tapi  terpulang la macammana kita nak cantik,janji jangan melebih2 dan langgar hukum agama. so far buku ni aku bg 4 bintang..menarik..:) support our local author...